BAB 2 - C.E.O Husband Aku ?




BAB 2

            Selepas sahaja menjalankan tanggungjawab Hayra sebagai seorang doktor, dia pergi ke tandas di bahagian bawah hotel. Segan pula kalau nak guna tandas di bilik hotel pesakit itu tadi. Jadinya, Hayra agak, mungkin ada tandas di bahagian bawah, mungkin untuk pekerja.

            Ruangan bawah hotel yang besar itu membuatkan Hayra berputus asa nak mencari tandas. Alang-alang macam ni, terpusing-pusing. Baik aku balik aje. Berhajat sahajalah dekat rumah. Fikir Hayra.

            Dia mula mencari-cari telefon bimbit Samsung di dalam beg galasnya. Biasanya dia sudah terbiasa memasukkan telefon bimbitnya di seluar jeansnya sahaja. Lebih mudah nak di ambil. Tetapi kerana terlampau tergesa-gesa sangat tadi, dia sumbatkan sahaja telefon itu di dalam beg galas itu.

            Sudahlah susah nak di cari. Segala macam benda ada di dalam beg itu.Sebut sahaja,macam-macam ada. Tisu kering lah,pen tak ada dakwat lah,resit-resit zaman 2015 pun entah-entah masih ada.Duit Syiling bertaburan ? Em,jangan cakap lah.

            Gedebukk.. “ Aduhh..” Hayra sudah terduduk. Mak Aihh , macam mana aku boleh terlanggar dinding ni. Punggungnya sudah terasa kebas. Hayra mengosok-gosok pinggangnya yang terasa sakit. Baru dia perasan ada sepasang kaki berseluar hitam elok berdiri tegak di hadapannya. Hayra mendongak. Terkejut. Alamak , aku langgar orang rupanya !
           
            Hayra segera membetulkan kedudukannya. Dia mula berdiri di hadapan manusia yang dilanggarnya. Beg galas yang tiada jenama di ambil di atas lantai. “ Sorry Encik, saya tak sengaja.” Hayra memberikan senyuman tawar. Tahu akan kesalahannya yang berjalan tak reti nak pandang depan.

            Lelaki di hadapannya merenung Hayra dengan pandangan yang tajam. Takut Hayra dibuatnya. Tambahan pula ,pakaian lelaki itu seperti bukan calang-calang orangnya. Macam orang korporat pun ada. Uish ,lelaki ni marah aku ke aku langgar dia. Jangan-jangan dia nak saman aku tak. Ye lah,bukan boleh bawak main orang-orang kaya macam ni, tak kena sikit, saman aje kerjanya.
           
            “Sorry Encik.” Ah tak ada , aku nak bla daripada sini. Menyeramkan.

            Baru kira-kira Hayra mahu menoleh,lelaki itu menarik kasar tangan Hayra. Terkejut toksah cakap lah. Rasa gugur sudah jantungnya. JANGAN SAMAN ! JANGAN SAMAN !
            Hayra masih mendiamkan diri. Biar sahaja lelaki itu mengutarakan bicaranya. Namun,lelaki itu masih berdiam diri. Pandangan lelaki itu masih seperti tadi. Scary. Muka kalau handsome,buat muka marah, tetap scary woi.

            “ Encik. Encik nak apa ye.” Akhirnya Hayra menyoal. Buat-buat tak tahu. Dalam hati JANGAN SAMAN,JANGAN SAMAN.
           
            Sama. Masih mendiamkan diri. Tangannya masih keras memegang tangan Hayra. Apa yang lelaki ni nak sebenarnya. Hayra sudah tertanya-tanya.Hairan.

            “ Encik ! Encik okay ke ni ?” Hayra melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka lelaki itu. Nampak macam lelaki itu mengelamun. Tidak berkelip memandangnya. Hai, takkan jatuh cinta pandang pertama dengan muka yang tak bermake-up aku ni kut. Haha,tekaan yang tidak munasabah betul.

            Lelaki itu seperti tersedar daripada lamunannya. Dia melepaskan tangan Hayra.
           
            “ You pergi mana selama ni ?” lelaki itu menyoal dengan nada yang cuba dikawal. Bunyinya kelihatan tegang. Sudah ! Apa pasal pula lelaki  ni . Banyak betul persoalan menyerbu masuk di dalam kepala Hayra tika itu. Apa yang cuba dimaksudkan lelaki ini ? Apa yang lelaki ni nak ? Lelaki ni cakap dengan aku ke ?

            Hayra memandang kiri dan kanan. Kemudian dia menoleh kebelakang. Tak ada orang. Hanya mereka berdua di tengah-tengah itu.  “ Awak cakap dengan saya ke ?” Jari telunjuk Hayra menunjukkan ke arah dirinya sendiri. Keningnya terjongket kedua-dua belah. Nampak macam soalan tak berapa nak betul,tapi,seriously ? Are you talking to me ?  

            Lelaki itu tersenyum sinis .  “ I dont care if you pretend like you dont even know me. I seriously dont care . It’s up to you. If you want that , so okay. I’m okay . I’m totally fine with that.”  Nada lelaki itu nampak sangat lelaki itu marah walaupun mukanya dikawal nampak cool.

            Bertambah-tambah lagilah tak fahamnya Hayra dibuatnya. Pretend ? Pura-pura tak kenal ? Hayra menjongketkan keningnya. Sungguh dia tidak faham. “ Maaf Encik,saya rasa Encik salah orang ni. Saya betul-betul tak kenal dengan Encik. Maybe we met before,but yah .....i dont really remember ” Hayra membalasnya dengan penuh berhemah dan budiman. Mungkin lelaki itu salah satu daripada pesakitnya. Tetapi itulah dia tidak berapa ingat.

            “ I like how you start the game. But,kau ingat ,aku akan terkena buat kali kedua ? Macam tu ?” Lelaki itu masih belum lekang dengan senyuman sinisnya. Meluat pula Hayra melihatnya. Muka sahaja handsome ,tapi tak reti nak senyum elok-elok. Kutuk Hayra dalam hati. Hayra masih belum mencerna ayat lelaki itu.

            Hayra mengundurkan tapaknya kebelakang. Takut pula lelaki itu tiba-tiba mengapa-apakannya. Sangkaannya tepat. Lelaki itu sekali lagi menarik kasar lengan kiri Hayra sehinggakan Hayra benar-benar dekat dengan lelaki itu. Mana tidaknya ,Hayra dapat merasakan hembusan nafas lelaki itu.

            Terkejut buat kali kedua. Mereng seketika Hayra masa itu. Sememangnya Hayra bukanlah perempuan yang lemah lembut. Boleh tahan panas baran juga si Hayra ni kalau nak diikutkan. Pantang kalau orang cari gaduh dengan dia. Oh,kau nak main dengan aku ? Eh,tapi kau silaplah bro.Kau salah orang.Sekarang ni, saman tak saman ,aku dah tak kira, itu lain cerita.

            Hayra dengan selamba menolak badan sasa lelaki itu dengan lengan kanannya. Cukup kasar. Sambil itu, dia menarik kasar lengan kirinya sehingga terlepas daripada gengaman lelaki tadi. Baru kini lelaki itu bertukar riak. Lelaki itu sedikit terkejut. Bukan main kasar perempuan ini.

            Helloo  ?! Ni Hayra okay .

            Hayra pula yang kini yang tersenyum sinis. “ Encik, mohon jaga adab sikit ya. Tak bermakna Encik ni orang kaya,Encik boleh buat sesuka hati encik. Dan buat pengetahuan encik, saya memang tak faham apa pun yang Encik cuba cakapkan. Even saya rasa encik memang dah salah orang,  tapi saya rasa, encik tak patut buat macam ni dekat orang lain pun. Encik nampak macam seorang yang ber’education’, tapi takkan tak reti nak jaga adab kut. Maaflah  kalau ayat saya menyakitkan hati encik. Saya pergi dulu. Assamualaikum”

            Win kau Hayra. Hayra memalingkan muka dan mengatur langkah dengan tenang pergi daripada lelaki itu. Mukanya puas.

            Sakit betul hatinya apabila sewenang-wenangnya lelaki itu melakukan sebegitu kepadanya. Memang padanlah muka dia kena nasihat free daripada aku.

            Baru sahaja beberapa tapak melangkah,Zaid Asmyar menarik tangan Hayra sedikit kasar. Terkejut buat kali ketiga. Kali ini memang air muka Zaid Amsyar berubah.Bertambah-tambah gerunnya lagi daripada tadi. Hayra sememangnya tidak menyangka yang lelaki itu akan mengekorinya.Ingat dok diam kat situ ja.

            Memang cuak muka Hayra tika itu. Dipandangnya lelaki itu tidak berkelip. Zaid Amsyar kemudiannya menarik tangan Hayra supaya mengekorinya. Memang tidak tentu jalan Hayra dibuatnya apabila ditarik tangannya sebegitu rupa. Sudah lah laju sahaja dia berjalan.

            Hayra sudah mengucap panjang. Segala macam kes-kes pembunuhan menyerbu masuk minda Hayra tika itu. “ Aduh, encik buat apa ni ! Eh,lepaslah ! Lepas boleh tak !” Hayra sudah menjerit-jerit minta dilepaskan. Zaid Amsyar hanya buat tidak tahu. Sakit benar hati dia apabila perempuan itu tadi dengan angkuh mengajar dan menasihatinya.

            Zaid Amsyar melepaskan tangan Hayra.
           
            Allah apa ni ? Siapa pula ni ? Kenapa dia bawa aku kat sini ? Hayra kini benar-benar berada di hadapan sebuah meja makan yang diduduki oleh beberapa orang yang sememangnya tidak dikenalinya. Hayra tercengang. Otaknya blank saat itu. Muka-muka yang pertama kali dia lihat kini semua menatap wajahnya seperti orang yang melakukan kesalahan.

            “ Kenapa ni ?” Seorang lelaki lewat 40-an bertanya dengan wajah yang sedikit terkejut. Habis terus selera makan mereka saat ini. Semua tertumpu ke arah Hayra ketika itu.
             
            Seorang wanita yang memakai selendang biru muda kini bangun sambil matanya tidak lepas memandang Hayra.

            “ Ibu, Zaid akan kahwin dengan dia.”

            


No comments :

Post a Comment

Assalamualaikum and hi ,mind to drop your comment or opinion here .:D

ariexxn