BAB 3 - C.E.O Husband Aku ?



BAB 3
            Jangan nak kata satu penghuni di meja itu sahaja yang terkejut, Hayra di sebelah juga sudah terlopong sakan mukanya apabila mendengar statement mengarut lelaki asing disebelahnya. Mulutnya bergerak-gerak seperti ingin mengatakan sesuatu,tetapi dirinya menjadi kaku kerana sudah terlampau terkejut.

            “ Apa semua ni Sharifah ?”
           
             Datin Umairah juga sudah berdiri kerana terkejut. Baru sahaja mereka membincangkan soal perkahwinan  Zaid dan Adriana sekejap tadi,kini,Zaid datang bawa perempuan lain pula. Berang dia jadinya. Rasa di malukan juga ada ketika itu. Seperti anak mereka baru sahaja di malukan kerana ditolak sebegitu.

            Datin Sharifah menjadi serba salah. Dia menjeling tajam ke arah Hayra yang baginya menganggu ketenteraman makan malam mereka pada malam itu.  Hayra mengeleng-geleng laju. Serius dia tidak tahu apa-apa. Dia mangsanya sekarang ini !

          “ Umairah, macam ni lah. Saya rasa ada salah faham sikit... Apa kata kalau kita bawa berbincang cara baik”

                 " Bincang apa lagi ?..." bentak Datin Umairah. Datuk Hamdan disebelah sudah menarik tangan isterinya ,minta bersabar. Malu kalau didengar orang lain, habis rosak nanti imejnya.

            “ Ibu . Zaid kan...” Zaid Amsyar bersuara. Tetapi laju sahaja Datin Sharifah memotong.

            “ Zaid Amsyar ! Kenapa tiba-tiba buat macam ni. Siapa perempuan ni ?” Memang mencerlung Datin Sharifah memandang Hayra.

            “ Puan , sebenarnya..”

            “Datin” Datin Sharifah membetulkan kata-kata Hayra. Terdiam Hayra dibuatnya.

            Zaid Amsyar menarik tangan Hayra. Mukanya meminta supaya Hayra mendiamkan diri.  Biar dia sahaja yang menguruskannya.

            “ Ibu nak Zaid kahwin dengan Adriana !” Datin Sharifah bersuara tegas. Terselit rasa lega dalam hati Hayra ketika itu.
           
            “ Ibu, nak tak nak,Zaid akan tetap kahwin dengan dia.Itu jawapan muktamad daripada Zaid. Maaf Uncle,Aunty, saya minta diri dulu.”

             Zaid Amsyar tunduk hormat sebelum menarik kembali tangan Hayra dan berlalu daripada situ.
       Hayra memang sudah terlopong mendengar bicara lelaki asing disebelahnya. Suka-suka hati dia aje cakap macam tu.
           
            “ Apa masalah kau ni ? Kau dah gila ke apa ?! Suka-suka hati kau je cakap macam tu dekat dia orang tadi. ” Sebaik sahaja Zaid Amsyar melepaskan tangan Hayra, Hayra terus sahaja melepaskan amarahnya kepada lelaki asing di hadapannya itu. Kini mereka berada di luar hotel. Jadi memang Hayra sudah rasa nak memekik juga saat itu . Apa nak jadi-jadilah ! Tiada lagi panggilan berbudi bahasa Encik,saya,awak. Memang aku-kau jelah jadinya.

            Bayangkan, orang yang langsung tidak dikenalinya tiba-tiba sahaja mengatakan dia mahu mengahwini dirinya. Tak ke gila semua ni !

            Zaid Amsyar hanya mendiamkan diri. Wajah berang Hayra tidak di pandang. Dia mencekak pinggang dan memandang sekeliling. Cuba memikirkan sesuatu.

            “ Asal diam ? Tahu rasa salah ,rasa menyesal. Aduh,aku tak fahamlah, aku terlanggar kau sikit je pun, itu pun aku yang terjatuh,tapi kau buat aku sampai macam ni sekali. Kau memang macam ni eh ? Main suka-suka hati cari masalah dengan orang yang kau tak kenal ? Macam tu ?”

            Zaid Amsyar menjeling tajam memandang Hayra.

            “ Boleh tak kau stop cakap yang kau tak kenal aku.. Kau ingat ..”

            “ Dah memang aku tak kenal kau pun. Aku tak kenal kau, dan aku tak tahu macam mana kau boleh kenal aku. Faham tak sekarang ni ? Ke otak kau problem ?”

            Mereka diam buat seketika. Kalau nak diikutkan kalau disini bukan tempat awam, sudah lama makan penumbuk free lelaki di hadapannya itu. Hayra sudah sumpah seranah lelaki itu di dalam hatinya. Lelaki itu masih mendiamkan diri. Kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Memang bengang Hayra dibuatnya, lelaki itu langsung tidak mahu memohon maaf kepada dirinya.

            “ Okay, Chill,chill. Macam nilah, like I say, aku tak kenal kau, dan aku tak tahu macam mana kau boleh kenal aku, but. Anggap aje semua benda ni tak pernah berlaku, apa yang kau cakap dekat dia orang tadi,semuanya tak pernah berlaku, Sekarang ni, aku harap, ni kali pertama dan kali terakhir aku jumpa kau. Okay, bye, assalamualaikum.”

            Tercenggang Zaid Amsyar apabila Hayra berkata begitu. Gadis itu tiba-tiba sahaja mahu menoleh dan pergi daripada situ.

            “ Eh Zahra,kau nak pergi mana ? Kau ingat senang-senang je kau nak pergi macam tu ?” Sekali lagi Zaid Amsyar menghalang, dia menarik tangan Hayra supaya menoleh memandangnya.

            “ Zahra ?!”

            Terkejut juga Zaid Amsyar apabila gadis yang disangka Zahra tiba-tiba sahaja menjerit. Kemudian gadis itu tertawa sedikit kuat. Apa yang lawak juga dia tidak tahu. Dia ada buat lawak ke ?
           
            “ Oh okay,okay. Sekarang saya faham..  saya faham..” Hayra masih dengan sisa tawanya. Benar-benar dia mengerti saat ini. Dia tidak lagi marah-marah. Dia sudah tahu ada kesalahfahaman yang berlaku disitu saat ini. Hayra sudah tidak lagi menggunakan panggilan bahasa aku-kau. Patutlah lelaki ini asyik cakap yang aku pura-pura tak kenal dia aje. Rupanya dah dia memang salah faham.

            Zaid Amsyar masih memandangnya dengan muka yang tertanya-tanya. Sudah tiba-tiba sahaja ‘Zahra’ gelak tak henti-henti di hadapannya. Apa yang lawak sangat.
           
            “  For your information, I’m not Zahra.... Zahra is my sister. Saya adik kembar dia.”

            “ What ?” Memang terkejut beruklah Zaid Amsyar dibuatnya. Kembar ? Sejak bila Zahra ada kembar ? Kenapa selama ni Zahra tidak pernah memberitahunya ?

            “ Saya rasa awak salah faham dengan saya daripada awal lagi. Oh patutlah awak sesedap mulut je cakap awak nak kahwin dengan saya . But seriously sorry. I’m not Zahra.Saya adik dia. So that’s means selesai sampai sini sahajalah misunderstanding kita ye ? Alhamdullilah, terima kasih,saya pergi dulu.”

            “ Hei, habis tu ,nak pergi macam tu je ? ”

            Berkerut dahi Hayra melihat Zaid Amsyar. Dia berpeluk tubuh.Ye lah ,salah faham dah selesai kan. So apa kena-mengena dengan aku. Aku adik Zahra, bukan Zahra.

            “ Dah tu ? Awak yang tiba-tiba cari masalah,cakap yang bukan-bukan dekat keluarga awak. Sekarang ni awak nak apa pula ? Awak yang buat masalah,awak lah selesaikan sendiri”

           “ Eh ,” Zaid Amsyar menarik tangan Hayra lagi. Menghalangnya daripada pergi. Rungsing Hayra di buatnya.

            “ Apa lagi ? Sekarang ni saya tak nak terlibat apa-apa pun dalam hal awak.”

            “ Tapi kau dah terlibat.” Selamba aje Zaid Amsyar berkata.
            Hayra ketawa kecil ,tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

             “ Terlibat apanya ? Itu sebelum awak tahu yang saya ni bukan Zahra. Sekarang ni awak dah tahu, pergilah jumpa kakak saya tu. Bincang ke apa dengan dia. Nak babitkan saya pula dah kenapa ?” Hayra mengetap bibir , geram pula dia bercakap dengan lelaki ini.

            Zaid Amsyar hanya mendiamkan diri. Cuba memikirkan sesuatu. Hayra hanya menanti bicara seterusnya dengan penuh sabar.

            “ Zaid Amsyar !” Entah tiba-tiba sahaja Datin Sharifah muncul, memang tersentak Hayra dibuatnya. Dia tidak menyedari kehadiran wanita itu.

            “ Sampai hati  Zaid buat ibu macam ni kan ? “

            “ Ibu ,”

            “ Balik sekarang , kita bincang dekat rumah je.”


            “LAMBATNYA Qas balik ?”  Tiba-tiba sahaja suara itu muncul, mana tidak terkejut Hayra dibuatnya. Terjongket kedua-dua belah bahunya. Hayra menoleh, dia kenal suara itu.

            “ Ya Allah Tok Wan, terkejut Qas. Tok Wan nak Qas mati serangan jantung ke apa ?”

            Tok Wan hanya menghadiahkan senyuman nipis. Hayra yang pada mulanya ingin menaiki tangga, terus sahaja melangkah ke arah Tok Wan yang sudah duduk di sofa. 

            “ Kenapa Tok Wan tak tidur lagi ni ? Dah pukul berapa dah ni ?”

            “Mana nak tidurnya, kalau cucu Tok pun tak balik-balik lagi ni. Kata hari ni cuti ? Kenapa nak pergi kerja juga ?”

            “ Tok, kalau dah ada emergency case nak buat macam mana ? Terpaksa jugalah. Takkan nak biar macam tu aje. ”

            “ Ye lah Qas oi, Tok faham, tapi kalau nak fikir emergency,memang tiap-tiap hari ada orang sakitnya Qas. Tapi Qas kenalah bahagikan masa sikit antara kerja dengan masa untuk diri sendiri. Ni ha Qas, Tok nak cakap sikit...” Tok Wan memberhentikan kata-katanya. Dia memandang muka Hayra yang agak ternanti-nanti. Sebenarnya Hayra sudah dapat meneka apa yang hendak di sampaikan oleh Tok Wan, saja dia buat-buat tidak tahu. Kalau dah tiba-tiba rendahkan suara macam tu,mesti hal yang sama nak diutarakan.

            “ Nak cakap apa Tok Wan ?”

            “ Nanti ambil cuti panjang sikit ye ? Dalam seminggu macam tu, lawat mama papa kamu dekat sana ye ?” Tok Wan buat nada memujuk.

            “ Tok Wan,...”
            “ Tok tahu, Qas akan bagitahu Tok 1001 sebab kenapa kamu tak nak pergi sana, tapi sampai bila Qas ? Dah lama kan kamu tak lawat dia orang kat sana ? Tok dengar cerita mama kamu sakit, tak kan tak nak melawat ?”

            “ Qas tahu, mama tak sihat sikit. Tapi tak boleh ke kalau dia orang aje yang balik sini sekali sekala. Asyik nak suruh Qas aje yang pergi sana. Kalau dia orang balik sini,atleast dia orang boleh jumpa Qas,jumpa Tok Wan, Mak Usu ,Pak Usu semua .Oyang pun dia orang boleh jumpa. Lagipun memang dah berzaman dia orang tak balik Malaysia. Lupa dekat tanah air sendiri.”

            “ Nampak tu , banyak aje alasan dia, itu aje alasan kamu kan kalau tak nak pergi sana.  Tok Wan dah hafal dah semua alasan kamu.Tak baik tahu cakap macam tu dekat keluarga sendiri. ”

            “ Ala, Tok Wan, janganlah marah.”

            “ Papa kamu tu sibuk-sibuk dia pun,dia rindu dengan Qas. Dia ada banyak kerja dekat sana, sebab tu susah nak balik Malaysia.Qas kena lah faham dia, faham mama, faham Zahra. Qas ambil cuti ye, pergi sana.” Pujuk lagi.

            “ Nantilah Qas fikirkan. Qas naik atas dulu. Tok Wan pun pergilah masuk tidur,dah malam dah ni, nanti-nantilah kita cakap lagi.” Hayra menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Tok Wan. Salam bersambut. Tok Wan faham benar dengan cucu kesayangannya yang seorang ini, memang payah kalau nak dipujuk.

            “ Asyik-asyik pergi sana,asyik-asyik pergi sana. Aku aje yang kena pergi sana.” Hayra membebel sebaik sahaja masuk ke biliknya. Dihempaskan punggung di bucu katil kingnya. Bukan dia tidak suka pergi ke negara orang,tetapi kalau sudah pergi,dia terpaksa ‘menumpang’di rumah keluarganya sendiri dan perkara akan menjadi janggal buat dirinya. Itu yang dia tidak suka.

            Dia membuka selendangnya dan diletakkan di atas katil. Kemudian dia membaringkan badannya. Fikirannya hanya memikirkan permintaan Tok Wan sebentar tadi. Patutkah dia pergi ke London untuk menjenguk mama dan papa ? Atau mungkin juga Zahra ? Hayra keliru. “ Baru lagi aku pergi sana.” Hayra membuat perkiraan. 6 bulan yang lepas, memang waktu yang sekejap buat dirinya.

            Cakap tentang Zahra, Hayra kembali teringat akan lelaki di hotel lima bintang itu tadi. Hayra mengambil sesuatu di dalam poket seluar jeansnya. Contact card. “Zaid Amsyar Binti Datuk Zhadwan Alfan. CEO” Hayra membaca perlahan. Kemudian dia menjuihkan bibirnya, CEO konon?

            Untung sahaja Hayra yang mendapat nombor telefon lelaki itu, dan bukan dia yang memberikan nombor telefonnya kepada Zaid Amsyar. Kalau tak,memang naya dia akan terbabit sekali dengan lelaki itu.

            “ Bagi nombor kau.” Zaid Amsyar mengeluarkan Iphone 7nya.Bersedia untuk mendapatkan nombor telefon Hayra.

            “ Buat apa ?”  Berkerut seribu kening Hayra.

            “ Bagi je boleh tak. Kalau ada apa-apa senang.”

            “ Handphone saya tertinggal dekat dalam kereta kawan, so, boleh tak kalau saya masukkan aje nombor saya dekat contact awak.” Hayra mengelak. Padahal ada sahaja telefon samsungnya di dalam beg, cuma belum di jumpai sahaja. Memang taklah nak bagi nombor telefon aku kat kau, tak pasal-pasal nanti aku terbabit sekali dalam ‘masalah’ mamat ni.

            Iphone 7 bertukar tangan. Hayra menekan-nekan nombor di skrin. Nombor siapa entah dia pun tak tahu. Hayra tidak menunjukkan sebarang reaksi. Padahal dalam hati, hanya tuhan sahaja yang tahu macam mana dia ketawa jahat di dalam hatinya.

            “ Nah ! Nanti kalau aku call jangan tak angkat pula.” Zaid Amsyar menghulurkan kadnya. Kad bertukar tangan.

            Hayra tersenyum senang. Ingat aku akan bagi nombor aku dekat kau ? Nanti tak pasal-pasal aku terbabit sekali. Kad itu di campak entah kemana begitu sahaja. Itu kali pertama dan kali terakhir dia berharap dia berjumpa dengan lelaki itu. Dia tidak mahu apa-apa urusan pun dengan lelaki  yang bernama Zaid Amsyar itu.

            “ IBU tak nak tahu macam mana si Zahra tu boleh tiba-tiba muncul. Tapi Ibu hanya nak Zaid Amsyar ikut cakap ibu kali ni. Kahwin dengan Adriana !”

            “ Ibu, keluarga Adriana pun dah dengarkan yang Zaid akan kahwin dengan perempuan lain ? Ibu ingat dia orang akan teruskan juga ke rancangan ibu ni ?”

            “Kenapa Zaid buat ibu macam ni ? Sebab si Zahra tu ? Dia nak apa tiba-tiba aje muncul balik ? Nak buat Zaid tak tentu arah macam dulu lagi ? Macam mana kalau dia hampakan hati Zaid lagi ? Tak sudah-sudah ke Zaid ? Mengharapkan perempuan macam tu ? Walaupun dia dah pakai tudung,ibu tak rasa perangai dia pun dah berubah.”

            “ Ibu stop ! Tolong jangan burukkan dia lagi boleh tak bu. Zaid pun tak kan kahwin dengan Adriana. Zaid tak suka dia. Boleh tak Zaid aje yang tentukan masa depan Zaid. Zaid yang kena kahwin kan ? Ni kehidupan Zaid. Biar Zaid yang tentukan sendiri.”

            “ Habis tu Zaid nak kahwin dengan si Zahra tu ?”

            Zaid Amsyar terdiam seketika. Kaku. Ye tak ye jugak. Yang aku jumpa tadi bukan Zahra.Tetapi adik dia. Zahra pun dia tidak tahu entah di mana. Entah sudah kahwin atau tidak. Dia sendiri tidak tahu. Entah apa fikirannya sebentar tadi. Boleh pula dia cakap yang dia mahu berkahwin dengan Zahra di khayalak keluarganya dan keluarga Adriana.

            Dia buntu. Dia hanya berasa tercabar sebentar tadi dengan kata-kata perempuan yang di anggap Zahra itu. Dia hanya mahu membalas dendam dengan apa yang perempuan itu pernah lakukan kepadanya. Dalam pada masa yang sama, dia mahu memberhentikan rancangan mamanya untuk menjodohkan dirinya dengan Adriana.  
           
            Tak tak tak,walaupun pada mulanya aku ingat perempuan tu Zahra, tapi aku bukan nak kahwin pun dengan dia. Aku just nak batalkan perjodohan ibu aku dengan Adriana aje. Tak bermaksud aku akan maafkan perbuatan si Zahra tu.

            “ Kenapa diam ? Ibu tanya ni kan? Zaid nak kahwin dengan Zahra tu ke?”

            “ Zaid naik atas dulu. Zaid harap sangat ibu boleh stop nak jodoh-jodohkan Zaid.” Zaid Amsyar terus sahaja bangkit menuju ke tangga. Dia hanya menjadikan Zahra sebagai alasannya sahaja untuk tidak berkahwin dengan Adriana, jadi kalau dia mengatakan dia tidak mahu berkahwin dengan Zahra,pasti ibunya akan menyuruhnya berkahwin dengan Adriana kembali. Oh, itu memang jauh sekali.

ZAID AMSYAR merebahkan diri di atas katil kingnya. Lama dia memandang syiling biliknya. Memikirkan masalah barunya yang dia sendiri timbulkan. Dia buntu tika itu. Iphone7 di dalam poket seluarnya di ambil. Dia memegang Iphonenya selaras dengan wajahnya.

            Lama dia menatap skrin Iphone7 nya. Tertera nombor telefon adik Zahra di situ. Tetapi tiada namanya yang tertera disitu, nama yang di simpan hanyalah ‘ Adik Zahra’ sahaja. “ Apa nama dia ?” Zaid Amsyar menyoal perlahan walaupun dia tahu dia tidak akan mendapat jawapan itu.  Dia kemudian duduk bersila.

            Lama dia berkira-kira , akhirnya button hijau diskrin ditekan. Ada satu soalan yang dia mahu tanyakan kepada ‘adik Hayra’. Dia manakah  Zahra sekarang ini ? Iphone itu dilekapkan ke telinga.

Tutt...tuttt....tutt....

            “ Hello ?...” dihujung talian sudah menjawab.

            Aikkk ? Suara lelaki ? Ayah dia ke ? Zaid Amsyar memandang skrin telefon itu, mana tahu kalau dia tersalah tekan. “ Hello...” suara ditalian masih memanggil.

            “ Hello, Err.. Boleh saya cakap dengan....... dengan....dengan Zahra ?” Nama sudahlah tidak tahu,takkan dia nak panggil ‘adik Zahra’ pula. Mana tahu kalau pemanggil ini ayah Zahra. Kan mereka satu keluarga, pasti duduk sekali. Agak Zaid Amsyar.

            “ Zara? .... Maaf incik, incik salah nombor ini...sini tada orang nama Zara incik ....”

            “ Maaf ..maaf... maafkan saya...” Zaid Amsyar kelam kabut mematikan talian. Mana datangnya pula tiba-tiba mat bangla yang menjawab telefonnya ini. Zaid Amsyar mendengus geram, Iphonenya di letakkan di atas katil dengan kasar.

            “ Wah, perempuan tu tipu aku hidup-hidup rupanya. Entah nombor siapa la dia bagi  dekat aku ni ? Kenapalah aku tak terfikir langsung yang dia boleh tipu nombor dia.... haishh.. tak guna punya perempuan... boleh dia tipu aku. Memang kalau aku jumpa dia,memang siaplah dia ”  Zaid Amsyar sudah membaringkan badannya kembali. Rambutnya digosok-gosok kasar sehingga kusut masai. Geram punnya pasal.
            Sekarang ini dia tidak tahu apa akan jadi dengan masalahnya.


No comments :

Post a Comment

Assalamualaikum and hi ,mind to drop your comment or opinion here .:D

ariexxn