BAB 1 - C.E.O Husband Aku ?



BAB 1                                                                                    

      2014 – Selasa, Australia SYDNEY
SEBAIK sahaja dia menoleh ke kanan, Zaid Amsyar terlihat seorang gadis berambut ikal paras bahu duduk sambil membuang pandang ke arah luar tingkap. Pasti menantikan kehadiran dirinya.

            “ Sorry , I’m late”

            Zaid Amsyar mengambil tempat di hadapan gadis itu. Gadis itu secara spontan menoleh. Pandangannya sedikit terkejut kerana tidak sedar akan kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba. Senyuman nipis diberikan.

             “ It’s okay. Atleast you datang.”    
      
            “ Kenapa masih lagi tunggu I.” Zahra hanya memberikan senyuman nipis dengan kata-kata Zaid Amsyar. Sudah 3 jam jugalah dia duduk di situ menantikan Zaid Amsyar.

             “ Tak apa. Kan I cakap I boleh tunggu. And I know, mesti ada sebab kenapa you lambat kan ? So, how dengan presentation you ?”

            Zaid Amsyar tersenyum senang dengan kata-kata Zahra. Ya, kerana itulah dia amat menyayangi gadis di hadapannya itu. Gadis itu amat memahami dirinya. Gadis itu tahu untuk menyenangkan hatinya dengan senyuman yang terhias di bibirnya.

            Walaubagaimana sekalipun dia melakukan kesilapan di dalam perhubungan mereka, gadis itu tetap bersabar dan menjaga baik hubungan mereka. Zaid Amsyar menghadiahkan sebuah senyuman lega. Tidak tahu bagaimana dia mahu mengungkapkan rasa terima kasih dan rasa bersalahnya kepada Zahra. Gadis itu sentiasa tersenyum dan menerimanya seadanya.

            “Everything good.”

         Namun,tiba-tiba sahaja mata Zaid Amsyar menjadi kabur. Samar-samar sahaja dia melihat Zahra di hadapannya. Dia fikir matanya yang sudah rabun, rupanya Zahra yang semakin menghilang. Lama-lama Zahra hilang daripada pandangannya. Kerusi itu kosong. Zahra pergi dengan senyuman terhias dibibirnya.

        " Zahra .... Zahra  !!!! "

      “ Encik Zaid ! Encik Zaid !! Encik Zaid !!”

            Terasa bahunya di goyang agak kuat oleh seseorang. Zaid membuka matanya yang agak berat. Cahaya daripada tingkap membuatkan matanya mengecil. Dia kenal suara itu, siapa lagi kalau bukan Setiausahanya, Yana. Dia cuba bangun daripada pembaringannya.

            Aku mimpi rupanya.

       “ Encik Zaid kenapa tidur dekat sini ?”

            Yana memandang muka Zaid Amsyar yang kini sudah bertukar posisi. Terkejut dia, sewaktu dia masuk ke bilik bosnya itu untuk mengemas, dia melihat Zaid Amsyar sedang tidur di atas sofa hitam. Dia fikir bosnya masih tidak sampai ke pejabat lagi, rupanya bosnya itu tidur di bilik itu.  Pada mulanya dia tidak mahu membangunkan bosnya, tetapi kalau bosnya itu tidur dalam keadaan resah, sekejap toleh kiri,sekejap toleh kanan, terpaksa jugalah dia mengejutkan bosnya itu.

Soalan setiausahanya dibiarkan sepi,tidak dibalas.

             “ Encik Zaid nak saya buatkan kopi ?”

       Zaid Amsyar hanya mengeleng-geleng perlahan sambil mukanya di usap berkali-kali.

            “ Kenapa awak masuk bilik saya ? Awak boleh keluar tak ?!” Zaid Amsyar berkata kasar. Yana yang sudah tahu dengan perangai bosnya menangguk sekali sebelum melangkah keluar. Masak sungguh ada bos garang seperti itu.

            Zaid Amsyar sebenarnya marah dengan dirinya sendiri, sudah 5 tahun perkara itu berlalu, namun sejak akhir-akhirnya ini, Zahra , gadis itu sering sahaja muncul di dalam mimpinya. Dia tidak tahu sama ada itu adalah satu pertanda buat dirinya atau hanya sekadar mimpi biasa. Sungguh itu merupakan mimpi buruk buatnya. Dia sudah lama ingin melupakan gadis itu. Dia benci melihat wajah gadis itu. Benci sangat. Tetapi kenapa Zahra mesti datang ke mimpinya !

            Pintu bilik itu dibuka daripada luar tanpa sebarang isyarat. “ Eh,kau tidur sini ke semalam ?”

            Zafran laju sahaja mengatur langkah menuju ke arah Zaid Amsyar yang masih duduk di sofa.Mukanya sedikit terkejut. Dia datang ke pejabat itu juga untuk mencari Zaid Amsyar.Zaid Amsyar mendongak memandang Zafran yang kini duduk di sofa di hadapannya. Soalan itu dibiarkan begitu sahaja.

“ Mama risau tau dekat rumah. Kenapa kau tak balik ? Asal tidur sini ? Call dah lah tak dapat” Zafran masih mahukan kepastian. Iphone 7 milik Zaid Amsyar di atas meja di ambil. Hitam. Menandakan battery minta di charge.

        Zaid Amsyar membuang pandang ke arah tingkap yang menampakkan bangunan-bangunan tinggi di Kuala Lumpur itu. Beberapa minit setelah meninggalkan soalan itu menyepi Zaid Amsyar akhirnya bangun daripada duduknya .Soalan Zafran dibiarkan , Iphonenya diambil.

  Mata Zafran hanya mengekori tubuh abangnya itu keluar daripada bilik itu. “ Ergh, aku tak tahu macam mana ibu boleh tahan sikap dia ni.” Zafran mengeleng-geleng laju sebelum bangun untuk keluar daripada bilik itu.


PINTU kereta di tutup, sebaik matanya menoleh memandang pintu masuk rumahnya, Datin Sharifah berdiri di situ dengan sebuah senyuman. Lega kerana anaknya itu sudah pulang ,risau dia dibuatnya bila Zaid Amsyar tidak pulang semalaman ke rumah. Dia mula berfikiran yang bukan-bukan. Tetapi kini, apabila sudah melihat di depan matanya sendiri akan keadaan anaknya itu, lega sedikit hatinya.

        “ Assalamualaikum ibu.” Zaid Amsyar bersalaman dengan Datin Sharifah.

  Salam dibalas . Mereka sama-sama masuk ke dalam banglo tiga tingkat itu. “ Zaid pergi mana semalam ? Ibu risau tau.”

        Zaid Amsyar tersenyum nipis.

 “Zaid tidur office semalam. Banyak sangat kerja ibu.Ni, Zaid nak mandi. Nak rehat kejap. Lepas lunch Zaid masuk office balik.” Zaid mengatur langkah menaiki anak tangga sambil di ikuti oleh Datin Sharifah daripada belakang.

        “ Janganlah overwork, nanti kalau sakit macam mana . Nak anak Uncle Hamdan tolong jagakan ?” Datin Sharifah cuba mengusik, sengaja mahu melihat reaksi Zaid Amsyar.

        Langkah Zaid terhenti. Dia menoleh memandang muka ibunya dengan pandangan bersahaja. “ Tok Ma mana ? Tok Ma dah makan ubat dah ?” dia menukar topik.

 Sungguh dia tidak mahu mengecilkan hati ibunya itu. Dia tahu Datin Sharifah bersusah payah cuba menjodohkannya dengan anak kawannya, tetapi dia sendiri tidak boleh menerima semua ini.  Tetapi nak tak nak, dia terpaksa juga walaupun hati menidakkan.Hatinya sudah dicuri oleh seseorang. Seseorang yang kini sudah hilang entah kemana.

         “ Tok Ma dekat dalam bilik. Ibu tengok Tok Ma dah makan ubat dah.” Datin Sharifah tahu Zaid Amsyar sengaja menukar topik perbualan.

        Dia kembali melangkah menuju ke biliknya. Ibunya itu masih setia mengekori daripada belakang. Topiknya masih belum habis.

         “ Malam ni eh ? Kita dinner sama-sama dengan family Adriana. Nak bincang terus pasal wedding semua. Spend la time sikit dengan tunang Zaid tu... Boleh ye ” Datin Sharifah tersengih-sengih , cuba memujuk anaknya itu.

        “ Zaid nak rehat sekejap. Nantilah kita cakap.” Mendatar sahaja dia menjawab. Dia penat dengan segala rancangan ibunya. Pertunangannya juga ditentukan oleh ibunya. Adriana ? Entah siapalah perempuan itu dia juga tidak tahu.

         Datin Sharifah mengeluh kecil apabila melihat reaksi hambar Zaid Amsyar. Dia tidak berniat untuk mengacau anaknya yang keletihan itu. Datin Sharifah sudah tidak tahu hendak melakukan apa lagi. Sudah mahu kahwin pun muka masih belum bersedia.  

 “ Kenapa ni Datin, nampak resah semalam sahaja saya tengok.” Nek Miah meletakkan cawan berisi kopi panas di hadapan Datin Sharifah yang duduk di meja makan.

        “ Saya peninglah dengan anak saya tu. Asyik fikir kerja kerja kerja.Bilalah dia nak fikir pasal diri sendiri. Dia tu dah nak kahwin dah dengan Adriana, sampai bila nak macam tu” Datin Sharifah mula mengadu dengan pembantu rumahnya,Nek Miah yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun di rumah itu.  

  “ Sabarlah Datin,mungkin belum mesra la tu. Lama-lama nanti,rapatlah.”

  “ Iye ke Nek Miah ? Nanti tak pasal-pasal Adriana tu asyik kena pinggir aje.”

        “ Janganlah Datin cakap macam tu. Kita doa yang baik-baik aje.” Nek Miah cuba menyedapkan hati majikannya. Muka Datin Sharifah tampak monyok sahaja.

        “ Takkanlah dia masih ingatkan lagi budak perempuan tu. Orang dah lama tinggalkan dia, buat apa dia terhegeh-hegeh lagi tunggu.” Datin Sharifah melepaskan geram. Kesal dengan sikap anaknya itu. Dia tahu anaknya itu masih belum dapat melupakan cinta lamanya, tetapi sampai bila ? Entah-entah perempuan itu sudah berkahwin dan punya anakpun dengan lelaki lain.


        MAKAN malam di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur itu terdiri daripada dua buah keluarga yang saling bertemu. Seperti hotelnya yang bertaraf lima bintang,meja makannya juga bertaraf lima bintang kerana terhidang dengan pelbagai jenis lauk pauk yang menyelerakan, tetapi tiada satu pun yang menaikkan selera Zaid Amsyar untuk merasainya.

        Memang dia tidak akan berselera untuk makan jika makan malam yang disediakan tersangatlah formal buat dirinya. Dia juga tahu makan malam ini disediakan untuk membincangkan soal perkahwinannya. 

     Zaid Amsyar hanya membiarkan ibunya ,Datin Sharifah dan Zafran yang daripada tadi rancak berbual-bual dengan bakal 'keluarga' di hadapannya. Dia sememangnya bukan yang jenis  peramah seperti Zafran. Mungkin dia boleh dikatakan ‘berlawanan’ dengan sikap dan perangai Zafran,adiknya yang lebih bersikap peramah dan lebih periang.

        Adriana tersenyum-senyum memandang Zaid Amsyar yang duduk di hadapannya. Dia sudah tertarik sejak kali pertama dia memandang anak Datin Sharifah yang seorang ini. Dia juga akui yang anak Datin Sharifah yang seorang lagi,Zafran juga turut sama kacaknya.Tetapi hatinya terpaut dengan anak sulung Dato Zhadwan ini. Baginya,Zaid Amsyar lebih segak daripada Zafran. Walaupun Zafran yang lebih banyak bersuara dan lebih menonjol , matanya asyik tertarik kepada lelaki di hadapannya itu.

  “ Tarikh kahwin tu memang dah tetap ke ? Lagi dua bulan kan ?” Tiba-tiba sahaja Datin Sharifah bertanya. Semua mata kini tertumpu ke arahnya. 

      "A'ah Aunty, lagi 2 bulan. Kenapa aunty ? Ada yang tak kena ke ?" Adriana menyoal. Tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati pula dengan soalan 'bakal' mak mertuanya.

       " Tak adalah. Tak nak dipercepatkan ke tarikh nikah tu ? Lama-lama pun tak elok juga,kalau dipercepatkan kan lebih baik ."

         Gadis itu hanya tersenyum lega, Ingatkan nak batalkan perkahwinan ni ke apa. 

         " Ad tak kisah. Mana-mana pun boleh,ikutlah abang Zaid nak macam mana." ayu sungguh Adriana bercakap. Zaid Amsyar di hadapannya dipandang sekilas. Tetapi seperti biasa,Zaid Amsyar langsung tidak memandangnya. Dia buat-buat tidak tahu sahaja.

         " Zaid nak pergi toilet sekejap." Zaid Amsyar bingkas bangun tanpa mendengar sebarang reaksi daripada mereka yang berada di meja itu. Senyuman nipis dihadiahkan sebelum dia berlalu pergi.

No comments :

Post a Comment

Assalamualaikum and hi ,mind to drop your comment or opinion here .:D

ariexxn