PROLOG - C.E.O Husband Aku ?


PROLOG
POV HAYRA
            “ Hayra , cubalah kau make-up sikit muka tu. Dah macam cekodok basi aku tengok.”

            “ Sampai hati kau kan cakap muka best friend forever kau ni macam cekodok basi.” Aku menjeling Hana tajam di tempat memandu.

            “ Dah betul. Pakai pun baju tidur dengan kardigan je. Muka dah macam baru bangun daripada tidur. Haih, tak fahamlah aku.”

            “ Habis tu ? Kau expect apa ?  Pakai dress lelawa ,make up berjam-jam sedangkan dah dapat call ada orang tengah dalam tenat. Macam tu ?"

            Hana menayang sengih apabila aku memerlinya.

            “ Tapi kau nak pergi hotel lima bintang kot. Nanti tak pasal-pasal kena halau sebab ingatkan pengemis mana entah main masuk dekat hotel diaorang ni. Tak rupa Doktor langsung.”

            “ Hello wahai Hana ku sayang. Amboi,sesedap perisa je kau mengutuk aku,pengemis la,kena halau la, tak rupa Doktor la. Aku kira dah datang ni pun dah kira bersyukur tau. Kalau tak aku dah lama membongkang dekat rumah,tidur . Lagipun,kalau dia orang nak halau aku, ha, halaulah,halau .Ada aku kesah ?”

            Hana menadah sahaja telinganya mendengar bebelan aku. Matanya memfokuskan pada pemanduannya ke arah Hotel Intercontinental Kuala Lumpur.

            Hana memang masak sudah dengan perangai aku yang tak boleh nak kalah. Dah memang aku selalu menang , nak buat macam mana. Aku patutnya boleh jadi lawyer je. Kalau bab bercakap ni,aku memang win. Tapi dah alang-alang minat jadi doktor, minat bercakap pulak tu , memang habis lah pesakit-pesakit aku dengar nasihat + bebelan free aku tu.

            “Overconfident betullah kau ni.Ye lah-yelah cik Hayra oi.. ni, ha, kita nak sampai dah pun. Nanti kalau kau dah nak balik, kau call aku.” Pesan Hana . Confirm malas nak layan perangai aku.

            “Eh ? Kau tak nak tunggu aku kat dalam ke? Tunggu lah dekat kaunter tu ke apa. Bukan lama pun.”

            “ Tak apalah. Aku nak pergi kedai jap. Nak top-up. Lagipun segan aku nak masuk hotel gah ni dengan pakai macam ni”

            “Sengaja kan ? Sengaja.” Aku mencebik. Tahu Hana sengaja mengusikku. Sudah banyak kali Hana memesan kepadaku untuk menghias diri. Pakai make-up la. Pakai baju lawa-lawalah. Tetapi aku bukannya apa,aku sibuk. Sibuk dengan kerja sampai tak masa untuk tu  semua.


            Mungkin malas. ATAU. Mungkin lebih kepada tidak reti untuk bergaya.... bukan mungkin.. TAPI MEMANG.

No comments :

Post a Comment

Assalamualaikum and hi ,mind to drop your comment or opinion here .:D

ariexxn