Cara Guna BlogSkin !


frina nak ajar korang yang new bie pasal blog ni cara-cara nak pakai blogskin .. memandang kan blog lagi satu frina pakai blogskin --> Sini!
so frina nak ajar korang macam mana nak pakai blogskin .. :)
blog yang nie frina takk nak pakai blogskin.. frina rase dah oke .. :)
tapi frina nak ingat kan dekat korang .. pakai blogskin ni tak sama macam just pakai simple templete biase.. blogskin kena pandai main dengan code..kalau sape tak pandai main dengan code.. hope pakai lah templete biasa... tapi korang try la main dengan code .. :)
ini bagi dashboard baru yerkk ...

1.korang bukak dashboard korang.. lepas tu klik dekat blog korang.. kalau korang ada banyak blog.. korang klik la dekat blog mane korang nak gune blogskin ...
2.tekan template ...  korang gerak kan mouse korang sampai bawahhh !!!!! 
3.kan ada tulis > Revert to classic templates  ... clickk la...
lepas tu.. dia ada keluar banyak code... 
4. edit templates html ... korang delete sume code2 tu...
5.korang bukak Sini!  ...  korang pilih blog  mane korang suke.. lepas tu
6. bwah tu korang klik blogger main.. 
6. lepas dah keluar code2 tu..  .. tekan dekat key board korang ctrl+a copy 
paste dekat edit templates html tadi.. preview .. kalau jadix.. save....

SIAP !!! opss..tak siap lagi.. korang kena pandai-pandai edit lah dekat code tu.. =) semoga berjaya membuka hidup baru dengan menggunakan blogskin.. =)

tulis dekat cbox kalau ada ape-ape tak faham kayy ..
Assalamualaikum.. =) cawww dlo.. sayang korang.. =) nnti kalau dah siap blogskin tu.. tinggalkan tapak kaki dekat cbox.. insya-Allah Frina singgah and follow .. =)
Assalamualaikum ^^ Hey peeps

Actually Frina no idea nk cakap pasal ape right now? Yeah! Sebabb boring la frina update post!
Frina sebenarnya nak buat tuto... tuto yang mne frina tahu je lah.. tapi frina tak cukup yakin lah..
takut nnti  ada someoneelse cakap
"el leh!Blog tak lawa mane .. tapi nak ajar orang buat tuto!Entah betol ke tak dia ajar tuto niyy!! Entah-entah tak btol minah ni"
ugh!! takut lah someone cakap macam tu?
Maybe ada orang cakap -lantaklah dia nak cakap ap!janji itu hak kamo nak buat blog atas tujuan ap?-
ahhh pening.. dah la ada 3 blog ? tamak kan? bukan tamak.. terbuat okeyy!!
sebab ape terbuat? sebab ... erkkk... entah! :P *sudah-sudah!!!terjerat sudah!!!*
huhh!!! yang ni frina ingad frina nak cakap pasal tuto whatever2 tuh... yang lagi satu frina nak cakap pasal kpop!! yang yang gune blogskin tu frina nak cakap pasal tentang diri frina.. macam diary lah..

tapi frina jugak salah.. yang blog lagi satu tu frina cakap nk story mori pasal kpop?? tapi knp tajuknya oh my dear diary? pelik kan??
malas lah nk tukar!!
maybe ada orang nak cakap saye gile??
"never mind i know who i;m!!"
*muke kucing mintak ikan :3*
-sungguh comel di situ kan?-
*bluerkkkkk!! saye pergi tandas  nak muntah :O*

itu hanye fikiran saje.. diri sendiri still depan com .. :)

asal saye melalut niyy?? suke merepeking.. kayy la saye kena caww dlo.. nak gi windoww shopping barang sekolah!! miss rps !! miss syaz n rab :)

Gangnam Style :o

Assalamualaikum ^^ Hey peeps

teknik copy paste activated!!

Subject: KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM (Kisah disebalik lagu Oppa Gangnam Style terbongkar)

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."
"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu.. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

"Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan.. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam.. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana... namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita.. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...


[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]

[HD] [ENG SUBBED] NINETEEN (19) KOREAN MOVIE Part 6/8



Assalamualaikum ^^ Hey peeps

i like this movie because have seungri !! i love seungri.. even dia takk tahu aka tak kenal frina.. tapi frina still minat dia.. hehehehe.. =) sedap lagu dia tuh.. =) urm.. nnti frina nak cari di youtube lagu tuh.. =)

(Big Bang) 하루하루(Haru Haru) - Sungha Jung



Assalamualaikum ^^ takk jawab dosa.. Hi peeps !~~

The best Paying guitar i see !! .. and the best i like it is.. he play big bang's song.. haru-haru.. so i;m becomes 'terharu' when see his playing his guitar so nice ha... =) i don;t have talent like his to playing guitar like his.. even he face is like poker face.. but i see the video like shock !! very shock !! i think who's do not see this video also can shock when see it !! He only like a kid but can playing guitar so nice.. hahaha

kay got a go.
-speaking habiss kod- ohgod,myenglishawful -,-

Korea Drama -NINETEEN*19* Seungri (13) + Top (1)

Assalamualaikum ^^ Hey peeps

 korean drama, NINETEEN *19* .. memang best kodd.. hehehe... frina actually tak tengok pun cerita ni.. kawan frina yang tengok cerita ni di tv9 slot saranghae.. frina takk tengok.. tak teringad pun yang malam ahad ada slot saranghae.. selalu nye mesti teringad.. tapi kalau teringad pun memang takk kan tengok.. sebab ayah tak kasi.. ayah kate tu cerita cina.. padahal korea.. grrr.... lepas tuh.. esok nye kan sekolah .. kawan cakap ada seungri belakon.. memang regret gi le rasa sebab artis .. idola ... band .. banyak lagi la gelarannye.. seungri memang number 1 di dalam hati ni.. tak ada yang lain... hehehe.. :)  sebab tuh la frina tengok semalam.. hehehe.. smlm frina just sempat post gambar je.. update tulis panjang-panjang takk sebab tuh malam.. hehehe.. smlm kan frina tengok cerita tuh.. perh.. memang best ar.. frina ni memang suke tengok siri penyiasatan macam ni.. tambah lagi detective conan memang nombor satu lah.. heehhe.. tengok-tengok citer cm ni pun macam ada penyiasatan skitt... arghhh..suke watak dlm cerita ni yng jadi number 13 tuh.. hehe.. siapa lagi kalau bukan seungri.. =) cuma dalam cerita ni dia macam perwatakan nerd sebab dia anak orang kaya.. kerje nye belajar je.. tak ada masa nak enjoy.. lain la macam number 1 n 2 .. top n perempuan tuh.. enjoy je tahu.. =) yang pelik nye kawan-kawannya di panggil number 1 n 2 .. seungri je tbe-tbe nak number 13 .. pelik kan ?? hehehe.. biase la.. dia suke number tuh.. =) arghh... sejuk kaki frina tengok cerita yang ada seungri belakon ni.. bukan filem ni je yang seungri ada belakon.. mini movie pun ada.. psal pembuat roti.. time tuh muke dia memang comel arr... hahaha.. =)
oh ye.. pasal top pulak.. frina suke dia belakon dlm cerita ni.. tapi kalau dia belakon dlm cerita iris.. memang smart habisss.. tapi actually dlm cerita ni pun best jugak dia belakon..  ... oh ye.. dalam cerita ni seungri nyanyi lagu solo dia.. memang sedapp.  tapi frina tak tahu la ape lagu tuh.. nnti frina carik di youtube.. heheh.. =)

frina rasa tak puas la tengok cerita ni. rasa nak tengok one more.. hehhe.. =)
frina tak tahu la knp.. kalau dh tengok satu-satu cerita korea yang best tak terhingge.. mesti kecoh satu rumah.. pening semua orang dalam rumah nihh.. bukan cerita korean je. tapi cerita jepun.. tmbh lagi detective conan the real.. kalau oguri shun jadi shinichi.. perh.. memang tak tinggal dok depan tv la jawab nye.. =) kayy la byk pulak frina berleter-leter nih.. korang pun dah rasa bosan nak baca entry ni kan.. hehehe.. biasa la frina ni suke excited lebih.. 

Oke .. Bye.. Assalamualaikum.. tata titi tutu .. annyeong haseyoo.. luv you guys.. love you seungri.. =)
                                                      
Assalamualaikum ^^ Hey peeps
NineTeen !!!  Wahh !!!

Big Bang- Love Love Love (Beautiful Hangover)

Assalamualaikum ^^ Hey peeps... sesiapa yang minat big bang tuh .. mesti tahu kan lagu big bang yang satu ni.. beautiful hangover.. frina suke lagu ni.. tak kira la lagu big bang yang mana pun.. frina still suke.. macam lagu still alive.. =) ngee .. frina mmg peminat setia kepada big bang ni.. macam biase dalam kumpulan ni frina suke victory.. seungri .. =) lee seung hyun.. hehehe.. cute kan dia.. actually mmg dalam kumpulan tuh T.O.P paling encem.. tapi entah la.. frina rase semua ada kebolehan tersendiri.. macam daesung .. suara dia .. perh memang sedap lah.. bukan nak kate suara top n seungri tak sedap.. just.. suara dia lain drpd yang lain.. hehehe

This is Big Bang !!! Yang Kiri ujong tuh Seungri .. ancemm takk ?? hehehe.. Sbelah dia G.Dragon .. =) pun hensem... yang centre tuh Taeyang... =) suara dia sedap... =) seblah tuh T.O.P .. hensem kan ?? hehehe... dia lah yang belakon jahat dalam cerita iris tuh.. tapi time dalam cerita iris tuh.. perh.. memang smart habiss lah.. rambut dia ... perh.. =) smart ohh.. yang ujong kanan tuh.. daesung.. suara dia mantap habiss... =)

perkenalkan big bang untuk korang yang tak tahu... hehehe.. oh ye...  frina nak bagi lirik lagu beautiful hangover daripada big bang ni.. it's specially for you guys .. =)

Lirik Lagu Big Bang – Beautiful Hangover
Kimi wa my beautiful hangover
Hangover yeah
Kagayaku headlight nemuranai machi e ARE YOU READY?
Koko kara ga shoubu ASE-razu ni genkai made zenkai de ikou!
Nagareru RADIO chijimeru kyori wo OH OH OH
Yukisaki wa mada ienai yo
HONEY CLOSE YOUR EYES
We’re gonna get down down down!
Gimme love love love!
Sagashi motometeta Lady
Dare ni motomerarenai MAKING LOVE kiga sumumate GO!
Kimi wa My Beautiful Hangover
Hangover yeah
Kimi wa my beautiful hangover hangover
It’s me G.D (I know you love me)
Ma-Ma-Ma-Ma-Ma beautiful girl
1, 2, 3 to the 4-sho one like you
There ain’t nobody can do them things you do
So true
I’m so excited delighted
I won’t deny it nor fight it
Baby you got what I need
Got me jumpin’ jumpin’ off my feet
Baby there’s no playin’ delayin’
Always got me feelin’ that healin’
Everyday I’m smilin’ and wildin’
When I think about you
Think about you
Got me flyin’ so high’n
And I won’t stop bringin’ and bringin’ that (BANG)
B.I.G (BANG! ) T.O.P (BANG! )
Baby that’s how it be
We’re gonna get down down down!
Gimme love love love! Sagashi motometeta LADY
Dare no motomerarenai MAKING LOVE honoo no yo ni atsui
Kimi wa my beautiful hangover
Hangover yeah
Kimi wa my beautiful hangover hangover
You got my heart love game
Make me crazy baby
Kiss my lips kuruwa se 360°
Mou nara you ni naru shikanai
We’re gonna get down down down
Gimme love love love! Sagashi motometeta Lady
Dare ni motomerarenai Making Love kiga sumumate GO!
Kimi wa my beautiful hangover
Hangover yeah
Kimi wa my beautiful hangover hangover
Beautiful my baby

=) Bye Bye.. nnti kte tory mory pasal kpop lagi eh.. tak kire big bang ke.. beast ke.. snsd ke.. 2PM ke.. byk lagi la.. Shinee ke..Super Juniour ke.. CNBlue ke.. FT island ke.. 2NE1 ke... T-Ara ke.. KARA ke .. banyak lagi la...  =) Assalamualaikum.. =)
Assalamualaikum ^^ Hey peeps

cerita ni Frina dapat daripada Sini! .. hurm... sedih kod cerita ni. frina tak nak menyusahkan korang yang membca dengan bukak link ni.. frina sendiri akan copy paste cerita best ni di blog frina.. cerita ni memang sedih .. tentang ibu kita yang menghidap kanser.. =( .. harap sapa-sapa yang bukak blog frina ni bace yerk.. tak kira panjang ke tak.. frina pun letih nak baca tapi cerita ni memang best. =')

Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.

Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.

Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .

Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.

Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.

Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.

Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UiTM (masa tu masih ITM) Shah Alam, jurusan elektrik untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, mak cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik… aku tanya mengapa pulak. Mak kata ada surat kat depan ry. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia… “lepas dah anak mak 2 orang. Tinggal 2 lagi tu, tak tau macam mana.”

Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu, abang sulung aku yang tanggung. Masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. Masa aku tingkatan 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik semuanya lelaki. Abah la orang paling gembira. Dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, aku tengok abah yang mengasuh adik, lebih dari mak. Syukur pada Allah, harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.

Namun, setahun selepas adik lahir, mak jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit mak tak sembuh-sembuh. Abah bawak mak pergi ke Hospital pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan.

Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, mak kena operate selewat- lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate.

Mak setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik perempuan yang masih kecik Apa nasib adik bila dia dah takde nanti. Aku cukup tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “Mie… nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu jer. Mie…. kain batik mak ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang, bukak ambik”. Air mata memang tak boleh tahan.

Sampai masa, mak terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu, tangguh dulu pelajaran aku. Aku balik kampung, kena jaga adik. Lepas operate, mak dah mula jadi lemah. Kesian sangat aku tengok, doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah.

Lepas 2 minggu mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, mak pengsan tiba- tiba. Abah bawak pergi hospital Jengka. Bermula hari tu…keadaan mak makin hari , makin teruk. Seminggu mak ditahan di hospital.

Kemudian, doktor bagi balik, keadaan mak dah elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duduk kat rumah, pastu abah terpakasa bawak mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, mak akan terus muntah.

Doktor kata, penyakit mak dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital, mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap- cungap. Tapi masa tu mak masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Dia tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak- gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru- paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok mak. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. Semakin hari, keadaan mak semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk cuti satu semester. Abang aku yang di jepun pun balik.

Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam-pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu- satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, pemikiran mak dah menjadi tak berapa normal. Dia dah tak kenal dah orang yg pergi melawat dia, kecuali hanya anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan mak di hospital Jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.

Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami lelaki, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran sebab kami takde adik-beradik perempuan (kecuali adik). Lagipun mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.

Akhirnya, kami bawak mak balik ke rumah. Sebab mak kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang mak dah takde harapan. Bila mak sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka Apa yang dia sebut, kami cari. Kami ambik semua baju baru mak, kami pakaikan pada dia. Mak sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia semakin membesar.

Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas mak tersekat-sekat. Masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu. Seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.

Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda- tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan mak setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.

“Mak… emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum.” Banyak lagi aku nak sebut pada mak, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi mak, kami cium kaki mak. Air mata mak mengalir. Kami letak adik tepi mak. Bagi mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok adik. Kesian adik, lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. Tak dapat merasa kasih sayang mak lagi. Mak bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi mak. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan mak. Tak nak mak terseksa lagi. Tak lama, mak sesak nafas, abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian… betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘mabuk kematian’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.

Akhirnya….“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ” Ibu tercinta pergi buat selamanya………

Take a nOte : Ingat , ibu kandung hanya ada satu di muka bumi ini  . Oleh itu , ibu bapa seperti mana anda menghargai diri sendiri . Tanpa mereka kita tidak akan dapat menjejakan kaki di muka bumi Allah ini .

Contest Blog paling comel !

Assalamualaikum ^^ Hey peeps .. pernah dengar kan pasal contest blog paling comel ni.. hurm.. macam mane lah dia orang masuk pertandingan niyy kan ?/ frina tak tahu menahu pun pasal blog yang canggih-canggih ni.. frina tengok blog-blog yang ada tak menang ni pun dah terliur terpegun sebab cantik . ni kan pulak siapa yang menang blog paling comel ni.. tambah terliur lah kan.. hehehe.. *macam nampak makanan pulak* ..
frina tertanya-tanya.. macam mana dia orang masuk contest niy.. urm.. tak payah lah frina masok.. frina bukannya reti pun nk buat blog canggih sampai beratus-ratus follow.. sampai beribu-ribu follow.. frina bukan nya host yang terhebat.. yang menang-menang ni semua.. semuanya ada pakai nuffnang kadang tuh.. patut la pun.. orang dewasa yang dah bekerja yang masuk contest ni semua macam abang frina yang tahu about teknologi computer ni.. hurm..frina rasa nak sagd msok contest ni. tapi frina rase sungguh tak mungkin dengan followers yang ade seceput nih. hehehe.. frina sendiri hairan.. macam mana cik mimin tahu blog frina.. lame dlo cik mimin ada follow blog frina.. hehehe.. trase bange pulak.. sebab frina thu ada akak hotstuff blog ,follow blog frina.. frina terus berkhobar nak cantik kan blog ni.. hehehe.. tak ada lah cun macam dia.. tapi boleh la dripd dlo kan ?
oh ye.. dengar cerita dia ada memang pertandingan give away.. huh.. dapat ape eh kalau menang pun.. mesti dia kaye kan... sudah lah pakai nuffnang.. abang frina cakap sape yang pakai nuffnang niy dia masuk sekali dalam bank.. hurm.. frina rase menyesal gile sebab buang nuffnang harituh.. haih... kenapa frina tak fikir bertape pentingnya nuffnang tuh dalam hidup frina.. cewahh !!

Tapi betol la frina cakap.. frina rase nyesal teramat-amat buang nuffnang hari tuh.. nak pasang balek frina tak tahu.. hehehe.. biase la abang frina yang masok kan nuffnang hari tuh.. 
kayy la .. banyak pulak frina membebel ni... frina caww dlo.. bye =)

Popular Blog !

Assalamualaikum ^^ Hey peeps

Bagi korang yang jenis blogging ni..suke explore blog orang lain.. stalker-stalker gitu .. korang mesti selalu bukak blog yang famous kan ? blog yang followers dia beratus-ratus.. urm.. ada yang beribu-ribu .. .. urm.. frina tak tahu la macam mana dia orang boleh buat followers yang banyak macam tuh.. frina tak tahu macam mana nak naikkan followers sebanyak tuh.. ha.. popular blog yang pernah frina explored.. blog orang yang follower frina..

Click !

ha.. cun takk dia punye blog.. kan ? siap ada lagu lagi.. bukan macam frina punye.. boring je kan.. alah frina buat bende ni bukan frina nak famous like dia orang pun.. juz suke-suke je.. macam diary la kate kan.. frina dah boring nak online facebook and twitter.. twitter actually tak boring pun just tak boleh bukak dekat computer.. pehal lakk an ? problems btol ..AWFUL !

Click !

ha.. yang ni punye ... simple-simple je.. tapi followers banyak .. actually tak banyak sampai beratus-ratus tuh.. tapi frina punnye lagi lah..  frina tak tahu macam mana nak popular kan frina punye blog ni.. haih.. sape-sape tolong ajar please.. :'( (buat muke kesian plus comel )

Click !

Ha. yang ni abang frina punye.. =) webs punye.. bukan blog.. =)

banyak lagi lah.. malas frina nak list kesemuanya.. tapi memang best la hobby explored blog niyh.. dapat stalker.. hehehe.. tapi bukan frina kenal pun sape blog yang frina explored niy.. tpi semue blog-blog ni.. blog yang frina always bukak lah.. tambah lagi bdx ni.. --> Click ^^ .. frina selalu la jugak bace post2 dia buat. .. hehehe.. tentang hidup.. =) kayy lah.. banyak pulak frina berceloteh kan.. =) frina nak hias blog lagi satuh.. hehehe.. =) kayy.. bay bay.. =) muah.. 
ariexxn