first class ACCA

Hari pertama kelas.. 
Okay Alhamduillah arin dapat satu kelas dengan Nadia utk subject SBR. Dah la subject tu mmg banyak credit hour so banyak kelas. Selamat sama dengan dia. Walaupun AAA tak sama dengan dia tapi arin dh jumpa kawan baru untuk pergi kelas sama sama. Alhamdulillah. Kawan pulak satu roommate yg mmg dua dua course sama. 

Setakat ni arin tengok dia macam okay. Boleh masuk. Nama dia Qistina. And ada lagi sorang Aina.. Tapi dia bilik lain cumanya mmg dua dua course sama kelas, so mmg selalu gerak sekali je. 
And dua harini mmg rajin explore sana sini. 

Semalam 2.5.2023 petang tu pergi naik bas pergi DC, dewan makan dekat dengan kolej mawar. Kat situ je ada cafeteria nk makan. Yang dekat dengan kolej seroja pun dekat menara SaaS tu tapi tak banyak choices. Malam pulak kat situ mmg tutup sbb dia bukak office hours je. 

So petang tu ronda kejap tempat makan. Dapat la makan malam untuk second day dekat sini. 

Untuk second day, ambik buku dekat level 14 mmg berat2 Wei..  2 subjects je tapi ada 2 buku tebal each subject. Dah lah harini kelas mmg dua dua ada.. Even satu tu Online, tapi sebab dia back to back, terpaksa kena buat dekat library . 

Rushing jugaklah tadi. Kelas AAA dekat ptar, lepas tu kena rushing gi kelas SBR pulak dkt level 8. Dengan buku tebal tebalnya. Nak naik bukit tu pun sakit Wei sbb mmg curam. Selamat la jumpa jalan short cut sikit pakai lift takde naik tangga. Kalau tak mengah. First class je pakai tangga pastu naik lift dah. 

Tengah hari tu, ramai2 dengan roommate pergi DC  tapi sebab semua tak tau naik bas... Lepas makan dkt DC, nak balik naik bas tu, bas tu pergi luar uitm. Ronda ronda. Sampai dalam pukul 4 jugaklah. Habis 2 jam explore. 
ariexxn