"Nonnn ..... bangun sehhh.. lambat bangat .. nanti telat pergi sekolahnyaa..." Bibik KiKi iaitu bibik peribadi Puteri Hanies Farisha mengejutkan anak majikannya yang nyenyak tidur. Namanya juga Bibik KiKi.Nama itu nama pemberian Farisha. Padahal nama sebenarnya jauh sekali dengan nama KIKI.
"Ehh.." Hanies merengek. Matanya masih terpejam rapat. Tiada tanda-tanda mahu buka matanya.
"Ngak mahu pergi sekolah ya? Nanti bik kasi tau sama Puan Sri.. mau?"
"Ehh.. apa bibik ni,sikit-sikit kasi tau Puan Sri.. Puan Sri... sabar lah." Hanies nak berang,sudah lah semalam dia tidur lambat kerana menyiapkan kerja sekolah yang menimbun.
"Sabar.. sabar... udah pukul 6:30 ni.. nanti telat.. mau kamu berdiri di luar sekolah?"
Hanies sudah membuka matanya dan bangun dari baringannya.
"Bik,sekolah dekat malaysia ni tak sama macam sekolah di indon ya? Ngak berdiri-berdiri di luar... potong markah je.." Hanies memberitahu sambil menjelirkan lidah.
"Hanies ! Siapa ajar anak mama jelir-jelir lidah dekat orang yang lebih tua ni?" tiba-tiba suara Puan Sri Hafizah mencelah.
Bulat mata Hanies memandang mamanya yang tiba-tiba muncul di depan pintu biliknya.
"Sorry,..." perlahan sahaja kata Hanies sambil membuat muka kesian.
"Jangan minta maaf dekat mama,minta maaf dekat bibik KiKi." arah Puan Sri Hafizah.
"Maaf bik,tak sengaja. Main-main je." Hanies memandang wajah bibik KiKi yang hanya tersenggih memandangnya. 'rasain' .
"Ngak papa,bibik ngak ambil hati kok,lagi pula bibik udah anggap non kaya,adik bibik sendiri kok." Bibik KiKi tersenggih.
"Amboi,adik? Ingat bibik ni muda sangat ke? Macam mak adalah .." Hanies mencubit peha bibik KiKi . Puan Sri Hafizah sudah malas mahu layan kerenah anaknya itu,dia terus turun ke bawah.
"Aduh,,sakit tau .. bibik keluar dulu ya,siap tu pergi sekolah,jangan tidur balik..." Bibik KiKi memberi arahan. Dia sudah tidak larat mengejuk anak dara itu.
"Baik bik!" Hanies mengangkat tabik.
___________________________________________________________________________________
"Hanies,asal lambat datang ni. Selalunya kau datang dulu sebelum aku?" Farah Riana hairan. Datang sahaja dia ke sekolah,Hanies masih belum sampai.
"Hehe,aku bangun lambat lah,semalam tidur lambat." Hanies mengaku kesalahannya.
"Mesti sebab kerja sekolah banyak kan." Farah turut menyokong.
"Tu pasalnya.Wei,aku pergi dulu,nak tengok ada budak dekat kantin lagi ke tak." Hanies berlalu pergi meninggalkan Farah. Hanies seorang pengawas sekolah di situ.Dia ditugaskan menjaga kantin agar pelajar pergi ke dewan pada waktu yang telah di tetapkan.
"Weii," Hana menegur Farah yang berjalan menuju ke arah barisan kelasnya.
"Ha,apa?" Farah memandang Hana yang membuat muka sensasi.
"Nampak tak lelaki yang dekat depan tu!" Hana memuncungkan bibirnya menunjukkan ke arah lelaki yang di temani oleh seorang wanita dan Cikgu Syamsul.
"Budak baru ke?"
"Ye lah kot,handsome kan?"
"Hish! Kau ni pantang nampak lelaki,semua kau cakap handsome!" Farah menjuihkan bibirnya meluat.
"Mana ada! Ni ikhlas aku puji. Dia betul-betul handsome lah. And, tak semestinya aku jumpa lelaki aku cakap lelaki tu handsome.. Si,Anuar tu,tak handsome pun, okay!"
Hana menjeling Farah geram.
"Jangan lah marah,aku main-main je. Tapi betul lah cakap kau,lelaki tu handsome."
"Kan! Aku harap dia masuk kelas kita."
"Oo,lepas tu boleh lah kau tackle dia!" Farah dapat menganggak. Dia sudah kenal dengan Hana sejak sekolah rendah lagi. Playgirl .
"Opps,correction! Bukan aku yang tackle dia,dia yang tackle aku nanti."
"Oh ye ke? " Farah buat-buat terkejut. 'Eii,,geram betul aku dengan minah ni. Perasan tahap dewa!'
"Suka hati kau lah kalau kata tak nak percaya"
___________________________________________________________________________________
"Kan betul aku cakap,mamat tu masuk kelas kita lah!" Hana sudah gembira tahap maksimum,mana tidaknya crushnya duduk di sebelah tingkap kiri sambil berbual-bual dengan Rafiz.
"Hurm,ye lah." Farah malas mahu melayan kerenah Hana,baik dia senyap dan menunggu pengawas-pengawas balik ke kelas.
2 minit kemudian,Hanies masuk ke kelas dan mengambil tempat di sebelah Eiya. Entah kenapa perasaannya tiba-tiba tidak sedap.
"Woi!" tiba-tiba Hanies mendengar suara yang cukup di kenalinya menegurnya dari arah belakang.
'Apsal aku tiba-tiba dengar suara dia pulak ni? Tak kan aku dah mamai dengan dia. Siap pakai terngiang-ngiang suara dia dekat cuping telinga aku ni. Rindu ke? Tak mungkin-tak mungkin..'
"Woi,Puteri Hanies Farisha! Pekak ke?"
Hanies pantas menoleh kebelakang di sebelah kirinya. Cuak!
'Gila! Kecil betul dia ni! Asal dia ada dekat sini ?'
"Erk,korang dah kenal erk?" Rafiz memandang hairan. Begitu juga dengan Farah dan Hana di belakangnya.
Bulat mata Hanies mendengarnya. Pantas dia memandang lelaki yang dibencinya itu. Dia membuat insyarat supaya merahsiakannya.
'Aduh,pehal pergi tegur aku pulak ni. Karang kantoi,siap kau !'
"Mana ada,kita orang belum kenal lagi. Just, tadi kita orang berkenalan dekat kantin sekejap sebab...."
Hanies sudah hilang idea. Dia memandang lelaki itu.
"Tadi pen dia jatuh,saya tolong ambilkan dan kat situlah berkenalannya." lelaki itu menolong apabila dilihatnya Hanies sudah mati kutu.
"Oh ye ke?" Hana sudah memulakan tektiknya. Cuba untuk medekatkan dirinya dengan lelaki baru itu.
"Perkenalkan,nama saya Hana. Nice to meet ..?" Hana memperkenalkan dirinya dan cuba bertanya nama lelaki itu.
"Zariel Iqmal." pendek.
"Diam-diam cikgu on the way." ketua kelas baru sahaja masuk dan memberitahu agar pelajar-pelajar bersedia. Hanies kembali memandang hadapan. Sempat dia menjeling Zariel Iqmal sebentar tadi. Jelingan maut.
'Apa dia ni,nak jeling-jeling bagai. Ingat cantik lah tu.'
___________________________________________________________________________________
Sesi pembelajaran diadakan seperti biasa,sampai lah waktu yang di tunggu-tunggu oleh semua pelajar. Balik!
'Siap kau!' Hanies berjalan menuju ke arah Zariel selepas semua pelajar keluar dari kelas. Farah dan Hana yang mahu menunggunya juga sudah di suruh tunggu di pagar kerana alasan hendak pergi ke bilik guru. Tipu sunat.
"Hei,apsal awak pindah dekat sekolah ni ha? Tak ada sekolah lain ke awak nak pindah? Urged sangat ke?" Hanies melontarkan soalan yang dari tadi masih berlegar-legar di kepalanya.
"Woi,awak ingat saya ni nak sangat ke dekat-dekat dengan awak tu! Sampai nak pindah sekolah untuk dekat dengan awak. Ei,tolong jangan perasan yang saya ni cuba nak mendekati awak!"
"Habis tu? Give me a good reason,please?"
"Mama papa you and i yang suruh okay,diaorang minta saya jaga awak. Saya tak boleh nak tolak!"
Hanies ketawa mengejek yang dibuat-buat dan kembali diam memandang Zariel sebelum bersuara.
"Not a good reason. Kenapa awak tak tolak. Kenapa awak nak jugak di pindahkan sekolah dan tinggalkan kawan-kawan awak di sekolah awak tu. And,mama and papa saya tak cakap apa pun. Nothing! Jangan-jangan awak yang buat cerita."
"Dah lah,kalau awak tak percaya,awak balik rumah,awak tanya sendiri dengan mama awak tu.Minta kepastian." Zariel sudah malas melayan amarah Hanies.
"Macam mana lah saya boleh tahan telinga saya ni dengar bebelan awak yang tak ada kesudahannya selepas saya kawin dengan awak nanti." Zariel tersenyum sinis dan berlalu pergi.
'Ahhhhhh ! Gedik betul Zariel tu. How he can be my husband soon?'
Hanies menghentak-hentak kakinya.Geram.
___________________________________________________________________________________
No comments :
Post a Comment
Assalamualaikum and hi ,mind to drop your comment or opinion here .:D