Timid




Dear self ....

Done berbuka puasa selepas puasa nazar. Aku bernazar sebab sebab aku berdoa agar aku dapat dekan utk sem 1 ni. Alhamdulillah kepada Allah bagi rezeki ni utk aku dapat dekan kali ni. Insya-Allah aku akan berusaha lagi next sem .

Tajuk post yang memang mengambarkan aku sekarang ni. Timid ? Penakut ? Ye ! Aku tengah takut sekarang ni. Takut dengan sem 2 ? Takut nak masuk kolej ? Takut nak masuk kelas baru ? Takut nak dapat roommate baru ?

Aku benci dengan perasan aku sekrang ni . Aku kalau boleh dah tak nak fikir dah pasal perkara2 macam ni. Aku tak nak dah overthinking lepastu bayang bende2 buruk. Aku rasa nak nangis sebab aku rasa aku ni bodoh sangat sebab jadi penakut untuk masalah2 macam ni. Tapi sesungguhnya aku bukanlah orang yang berani, confident , petik jari je ramai kawan nak datang. Im not that kind of person. Aku bukan jenis yang ceria, yang always think positive lepastu ramai kawan datang dengan perangai yang disenangi ..

Selalu jugak aku fikir kenapalah aku tak ada perangai macam orang lain yang boleh cari kawan dengan mudah. Yang boleh stick berkawan lama dengan orang. Aku nak nangis, bila fikir kenapa sampai sekarang aku tak ada kawan yang nak stick berkawan dengan aku.

Aku nak nangis bila fikir yang aku sangat kesepian sebab memang tak ada sapa yang sudi nak jadi kawan baik aku. Should i cry ? Adakah aku tak bersyukur ? Bila aku sedih, bila aku rasa lonely dan tak ada pendengar, mesti aku rasa adakah aku ni sebenarnya tak bersyukur dengan nikmat lain yang Allah bagi dekat aku.

Memang nak di ikutkan banyak nikmat lain yang Allah dah bagi, dan masalah2 kecil macam ni patutnya tak effect aku sebab banyaklagi nikmat Allah yang besar daripada ujian kecil ini yang dah buat aku asyik mengeluh.... Kenapa aku kene mengeluh dengan ujian kecil ni even Allah dah bagi nikmat lain lagi yang besar.

Aku dapat dekan baru ni, itu nikmat, malahan aku hidup ni nikmat, aku sihat nikmat, aku masih punnya ibu bapa, keluarga, itu nikmat yang tak terhingga... tapi kenapa aku selalu sedih....

Okay, aku cadang nak ambik sijil spm dekat sekolah next week.... sebab aku tengok ada kawan yang dah ambik sijil spm dengan kawan2 dyorg. Datang sekolah ramai2. Tapi aku,... bila mak aku tanya ,

 " kenapa tak ajak kawan ambik sijil spm minggu depan. Ajak lah kawan, ambik sama2...." 

dan start tu aku fikir. Aku nak ajak sapa ? Aku tak ada kawan . Maybe kalau org fikir bila aku cakap aku tak ada kawan, org akan fikir , tipulah tak ada kawan langsung. Ye aku ada ramai KENALAN. Ramai yang kenal aku ... but hanya sekadar kenal.. Aku sebenarnya tak ada kawan baik yang boleh dengar masalah aku, aku pendam sorang. Kau tau tak betapa sakitnya perasan tu bila kau kene pendam dan tak boleh nak luah dekat sapa2..

Aku buka instagram, tengok kawan2 aku hang out dengan kawan2 dyorg... tapi aku ? Aku bagaikan tak ada langsung buat kawan masa sekolah menengah ... Bila aku fikir, aku kawan dengan siapa je masa sekolah menengah.... adakah aku memang lonely sepanjang masa ? Ya Allahhh ... tolong lah buang kesedihan berlebihan di dalam hati ku ini. 😢😢😢😢😢😢


Bila aku tengok kdrama ... aku fikir, bila masa aku pulak aku boleh jadi watak utama dalam hidup ni. Tapi aku tau , aku childish ... itu hanya drama, bukan reality...  tapi.... dapat ke aku cari kebahagian sendiri dalam dunia reality yang sebenar ini.. Aku kadang2 terfikir yang macam mana aku nak ubah personility disorder dalam diri aku yang sentiasa lonely ni... 

Adakah orang yang sanggup dan sudi ikhlas berkawan dengan aku, dan memang suka berkawan dengan aku....

Sememangnya aku seorang yang mengidamkan seorang kawan baik yang sentiasa ada untuk mendengar luahan aku, yang sentiasa ada ketika susah senang, dan kawan yang memahami ku...

Recently my korean drama.

Assalamualaikum and hi. Suddenly nak update setelah lama tak menaip dlm blog ni. 
Sekarang ni tengah cuti sem 1 sebelum masuk ke sem 2. 2 minggu je lagi nak masuk belajar balik. Tak sangka dah nak masuk ke sem baru dah. Padahal rasa baru haritu masuk ke Uitm ni. 

Result baru semalam keluar, alhamdulillah. Tak expect pun dengan result tu sebenarnya, tapi rasa syukur sangat2. Sebenarnya tak ada apa pun nak story bila update blog ni. Just tiba-tiba terasa nak update kan ... hahah..

Oh ye, sepanjang cuti ni memang tak buat apa. Cuma haritu family day setelah almost 6 years tak buat. Buat dekat teluk senangin . Port yang sama since 6 tahun lepas. Dan sepanjang cuti ni aku banyak buang waktu dengan korean drama. So aku nak buat review lah skit tentang serba sedikit kdrama yang aku dh tengok en.

Setakat ni 6 korean drama aku dah marathon. hik hik

1. i am not a robot.2. while you were sleeping3.oh my ghostie4.cinderella and the 4 knights5.she was pretty6..splash-splash love7.suspicious partner.

Lepas habis ep 40 suspicious partner terus update blog. Hahah. So, nak sambung tengok cerita brilliant legacy pulak. 

8.Brilliant legacy ni sumpah aku rasa cerita ni memang best gila . Tak ada lah genre-genre yang aku suka tengok which is mcm thriller, mystery , detective semua tu, tapi tentang slice of life , drama, family and romance yang aku rasa memang best . hahh, kebanyakkan org tak tahu pasal cerita ni. But aku sebagai org yg dh tengok byk kali cerita ni (dan nak tengok lagi) , cerita ni memang patut korg tengok. memang aku recommend. 

pelakon dia, memang my fav antara semua actress . --> HAN HYO JOO
Sapa je tak suka tengok han hyo joo belakon. Aku rasa lakonan dia memang mantoppp gila. Dah lah muka dia lawa gila. Aku pun terinsecure sekli tengok muka dia sebab lawa sgt.  Cerita yang 2016 , W world tu pun best gak, aku tengok pun sebab both actors tu my fav, han hyo joo and lee jong suk.
(Aku memang suka tengok lakonan lee jong suk and genre yang di bwk . mystery and thriller mcm  tu )

ok, back kepada senarai cerita dekat atas tu, 

1. i am not a robot
- first sebab actor dia handsome bak hangg.. nation little brother berlakon. YOO SEUNG-HO .
Dia berlakon dlm cerita tu serious lawak. Kalau korg tengok perwatakan dia dalm tu mmg lawak. 
- Pelakon perempuan dia pun mmg best . Sesuai dia dpt watak tu aku rasa.
- Antara sebab aku tengok cerita ni, sebab dyorg mmg sweet behind the scene. 

2.while you were sleeping.
- memang genre-genre mystery mmg my type and style, so jangan tanya kenapa tengok cerita ni.
- tambah lagi mmg hampir semua cerita lee jong suk aku tengok . baik while you were sleeping, w two worlds, doctor strangers, and pinocchio.
-lepas tu ada han hyo joo. mmg tengoklah kan. hahah

3.oh my ghostie
- first nk tengok sebab ada park bo young. Aku agak minat dgn dia. Tapi aku bagi pendapat jujur aku ttg tengok cerita ni, aku rasa cerita ni bukan style aku, aku tak berapa minat sgt. 

4.cinderella and the 4 knights
- first2 aku agak shock dengan heroin cerita ni, ye la. sebab tajuk cinderella tapi mcm tomboy. haha tapi then tu yg buat aku suka . but sorry to say, aku mmg suka part depan2 cerita ni. Part perempuan tu gaduh dgn 2 org knights tu, tapi dh nk lama2 tu, rasa boring, sebab byk cerita pasal naeun pulak. Macam naeun pulak watak utama dia. Aku agak confuse kat situ. Ye la , naeun pun bukannya jahat, lepastu dia tak adalah kaya lepas bapak dia bankrupt, so, nmpk mcm dia pulak cinderella, that's my opinion shje.

Lepas tu part nk ending dia, aku rasa mcm sama sikit dengan cerita the heirs. Sebab atuk dia tak bagi kawin dengan cucu dia, sebab darjat, taraf semua, so lebih kurang je . 

5. she was pretty,
- cerita ni best . serious lawak . sebab perempuan tu clumsy and baik sangat. 
-lepas tu tengok sebab ada park seo joon. Dia berlakon mmg best. Part yg dia jadi annoying garang tu mmg aku rasa nk tembak je dia, ye lah garang sgt haha..


6.splash2 love
- cerita ni dua episode je . Serious bagi aku sweet sgt cerita ni . campuran historical dgn zaman moden. mcm cerita scarlet heart , tp cerita ni ada happy ending, tak mcm scarlet heart ryeo yang akhirnya sad ending yg buatkan aku pun sedih. haha..,3
-lepas tu doojoon pulak tu berlakon. Dia brlakon serious lawak,sebab mcm raja yang sweet <3

7. suspicious partner.
-cerita ni awal2 aku mcm tak suka sgt, sbb dyrog ckp pasal sleep together semua eventho belum kahwin, haha .. taulah bukan islam , tapi aku tak suka. sorry. lepastu dah start pasal penyiasatan , detective ,mystery tu . aku dh suka.
- tapi aku tak suka sgt heroin dia, sbb mcm annoying mengada2. sikit2 nangis,lepastu break2 ... haha,, sorry to say,aku x berapa suka dengan watak perempuan yg mcm tu. Aku suka tengok watak perempuan mcm cerita my love from another star, yg gila2 . 

sorry if review kdrama ni mcm x sama dengan pendapat korg ke apa. tapi sorry terlampau jujur ke apa. tapi ni apa yang aku rasa . heheh.. jangan marah. tapi overall semua cerita best and ada kelainan. so, even ada yg x suka ke,aku still watch them smpai habis. 

k panjang lak . haha annyeong.
arinaesy