Done berbuka puasa selepas puasa nazar. Aku bernazar sebab sebab aku berdoa agar aku dapat dekan utk sem 1 ni. Alhamdulillah kepada Allah bagi rezeki ni utk aku dapat dekan kali ni. Insya-Allah aku akan berusaha lagi next sem .
Tajuk post yang memang mengambarkan aku sekarang ni. Timid ? Penakut ? Ye ! Aku tengah takut sekarang ni. Takut dengan sem 2 ? Takut nak masuk kolej ? Takut nak masuk kelas baru ? Takut nak dapat roommate baru ?
Aku benci dengan perasan aku sekrang ni . Aku kalau boleh dah tak nak fikir dah pasal perkara2 macam ni. Aku tak nak dah overthinking lepastu bayang bende2 buruk. Aku rasa nak nangis sebab aku rasa aku ni bodoh sangat sebab jadi penakut untuk masalah2 macam ni. Tapi sesungguhnya aku bukanlah orang yang berani, confident , petik jari je ramai kawan nak datang. Im not that kind of person. Aku bukan jenis yang ceria, yang always think positive lepastu ramai kawan datang dengan perangai yang disenangi ..
Selalu jugak aku fikir kenapalah aku tak ada perangai macam orang lain yang boleh cari kawan dengan mudah. Yang boleh stick berkawan lama dengan orang. Aku nak nangis, bila fikir kenapa sampai sekarang aku tak ada kawan yang nak stick berkawan dengan aku.
Aku nak nangis bila fikir yang aku sangat kesepian sebab memang tak ada sapa yang sudi nak jadi kawan baik aku. Should i cry ? Adakah aku tak bersyukur ? Bila aku sedih, bila aku rasa lonely dan tak ada pendengar, mesti aku rasa adakah aku ni sebenarnya tak bersyukur dengan nikmat lain yang Allah bagi dekat aku.
Memang nak di ikutkan banyak nikmat lain yang Allah dah bagi, dan masalah2 kecil macam ni patutnya tak effect aku sebab banyaklagi nikmat Allah yang besar daripada ujian kecil ini yang dah buat aku asyik mengeluh.... Kenapa aku kene mengeluh dengan ujian kecil ni even Allah dah bagi nikmat lain lagi yang besar.
Aku dapat dekan baru ni, itu nikmat, malahan aku hidup ni nikmat, aku sihat nikmat, aku masih punnya ibu bapa, keluarga, itu nikmat yang tak terhingga... tapi kenapa aku selalu sedih....
Okay, aku cadang nak ambik sijil spm dekat sekolah next week.... sebab aku tengok ada kawan yang dah ambik sijil spm dengan kawan2 dyorg. Datang sekolah ramai2. Tapi aku,... bila mak aku tanya ,
" kenapa tak ajak kawan ambik sijil spm minggu depan. Ajak lah kawan, ambik sama2...."
dan start tu aku fikir. Aku nak ajak sapa ? Aku tak ada kawan . Maybe kalau org fikir bila aku cakap aku tak ada kawan, org akan fikir , tipulah tak ada kawan langsung. Ye aku ada ramai KENALAN. Ramai yang kenal aku ... but hanya sekadar kenal.. Aku sebenarnya tak ada kawan baik yang boleh dengar masalah aku, aku pendam sorang. Kau tau tak betapa sakitnya perasan tu bila kau kene pendam dan tak boleh nak luah dekat sapa2..
Aku buka instagram, tengok kawan2 aku hang out dengan kawan2 dyorg... tapi aku ? Aku bagaikan tak ada langsung buat kawan masa sekolah menengah ... Bila aku fikir, aku kawan dengan siapa je masa sekolah menengah.... adakah aku memang lonely sepanjang masa ? Ya Allahhh ... tolong lah buang kesedihan berlebihan di dalam hati ku ini. 😢😢😢😢😢😢
Bila aku tengok kdrama ... aku fikir, bila masa aku pulak aku boleh jadi watak utama dalam hidup ni. Tapi aku tau , aku childish ... itu hanya drama, bukan reality... tapi.... dapat ke aku cari kebahagian sendiri dalam dunia reality yang sebenar ini.. Aku kadang2 terfikir yang macam mana aku nak ubah personility disorder dalam diri aku yang sentiasa lonely ni...
Adakah orang yang sanggup dan sudi ikhlas berkawan dengan aku, dan memang suka berkawan dengan aku....
Sememangnya aku seorang yang mengidamkan seorang kawan baik yang sentiasa ada untuk mendengar luahan aku, yang sentiasa ada ketika susah senang, dan kawan yang memahami ku...
No comments :
Post a Comment
Assalamualaikum and hi ,mind to drop your comment or opinion here .:D