Wah seriously dah lama gila tak update blog. Rasa nak berhuhu je sekarang ni sebab rindu sangat. Hahah ..
Assalamulaikum ..Hmm dah nak masuk 2017 dah pun. TAK SANGKANYAAA ... CEPATNYA MASA BERLALU !!!
Arin masih tak percaya yang arin dah habis AKA tamat persekolahan dahhh !! Mula lah rasa rindu nak sekolah balik. huhu ... Kenapalah masa cepat sangat berlalu.
Dulu selalunya blog ni up to date . Selalu update ( ye lah sangat) dan cerita masalah and so on. But masuk je tahun ni, dah kurang update sebab exam SPM. Harap arin dapatlah keputusan yang baik.
Ni saje nak update , nk story pasal kes semalam semalam. 11/12/2016 .
Pergh kejadian yang amat memalukan aka memang tak tahu nak cakap macam mana lah. hahah
Tak adalah memalukan macam mana pun. Just , just .... ugh lantaklah..
Ok, hari tu , hari ahad yang penuh indah . Ceh, indahlah sangat . K
Bangun lah pagi sebab nak pergi ujian komputer kelas memandu.
Arin dah nak start ambik lesen kereta uollsss.... ( proud face in the house)
Lepas tu sampai je kat tempat nak ambik lesen tu, memang mak,abah and abang semua ikut lah time tu. Arin pun pergilah beratur . Agak panjang jugak lah beratur tu. Arin dapat nombor 21 .
Masuk je dalam bilik tu, Arin duduk lah dekat kerusi paling belakang sekali, kiri sebelah perempuan, kanan sebelah lelaki. So, memang arin duduk tengah tengah lah time tu. Tengah duk tunggu , tiba tiba orang tempat kerja kat situ cakap " ok, sediakan IC ye "
BAAAAAMMMMMM !!!!
Guesss what ? IC kat mak time tuu !!!! Gelabah ? memang ye lah gelabahnyaaa !!!!!
Lepastu, nombor start lah jalan , panggil no 1 ,2 ... Pastu Arin keluar, nak minta IC kat mak .
TENGOK TENGOK MAK TAK ADA KAT LUAR ! . KERETA TAK ADA KAT LUAR DAH ! ... dah lah handphone memang tak ada kredit . ( rasa nak campak phone tu rasanya pun ada dah ni time tu) .. Dalam hati " mesti pergi kedai mamak ah tuu !! " aduihh...
Masuk balik kat dalam bilik tu , fikir fikir . pandang daripada cermin kat belakang. Takut takut mak dah ada.. Nombor dalam 10 .. dah panggil. I'M 21 guyss !!!!
Pastu dengan muka tak tahu malu . Cakap nak perempuan yang duk sebelah kiri tu .
" Emm, boleh minta tolong tak ?"
Ya Allah , tu ayah clichee tahap .. hahahha ... entahlah nak ..
Actually , ada kawan satu sekolah yang ambik lesen jugak . Nasuha. Tapi dia duduk depan and agak jauh jugak. Actually tak jauh . Cuma dia duduk tengah tengah and ada sesetengah lelaki di situ. So, malas nak gerak sana.
Back to story .
Budak perempuan tu macam memang curious gile muka " Nak tolong apa ?" haha .. macam takut pun ada dengan aku. kekeke..
"Nak pinjam phone boleh tak, nak call. IC kat mak, lupa nak minta . Tapi mak dah pergi minum kut ."
EXPLAINATION COMPLETE ! ..
Malu gilee .. selamat lelaki kanan tu , dah pergi depan, sebab nombor dia kena panggil.
Lepas tu , budak tu cakap lah " Handphone tak ada line " Maksudnya , dia tak ada kredit dan tak ada line wifi pun kalau nak guna wassap ..
Dalam hati " IM SO DONE GIRL ! "
lepas tu arin cakap " ha , tak apalah " dalam hati . Dah berdoa dah banyak banyak minta jalan penyelesaian.
Lepas tu budak tu cakap . " Hmm, tak apa, pegang ni dulu ( nombor giliran dan IC dia) , and dia keluar . I guess , dia pinjam phone family dia kot. Ya Allah baiknya dia . May Allah bless her.
Dan masa tu , ramai gile orang yang baru datang . Dan tak cukup tempat duduk. Orang pekerja perempuan dalam tu pulak yang jenis garang kemain.
" Jangan tunggu dekat luar ! Siapa yang tunggu kat luar tak boleh ambik ujian. "
" Jangan berdiri depan pintu, susah orang nak keluar masuk ! "
Hmm, since budak tu pergi keluar ambik phone . Ada budak lelaki nak duduk sebelah arin, ( tempat sebelah kiri , budak perempuan tu) . yg sebelah kanan, memang lelaki tadi , dah duduk balik.
Ok, so bile lelaki tu nak try duduk sebelah arin, arin cepat cakap
" Eh, err... ada orang !" nampak tak aku menjaga hak orang yang akan menolong ku nanti tu !!! hahaha
dan budak perempuan tu pun dtg la, bagi pinjam phone samsung.
BANYAK KALI CALLL !!!! BERIBU KALIII CALLL ABAH ,,,, TAK DAPAT !!! Ya Allah , sakitnya hatii .. Budak tu cakap " Rilek rilek , jangan takut , call je " ya Allah, baiknyaa .... terharu . Baik sangat budak tu. Sebab dia tengok aku memang dah gelabah. Mana tak gelabah, call tak dapat , nombor giliran pulak makin dekat. Pastu, budak tu pergi depan, sebab nombor giliran dia panggil. Masa duk try call call ( call abang pun tak dapat ) .. tak perasan ada budak lelaki (cina kut ) duduk tempat perempuan tu , sebab busy call, tak perasan.
Bile perempuan tu dtg, dia duduk depan aku, tak dapat. Last , nombor macam dah 19 , call pun tak dpt lagi. So, dalam hati memang redha. Dalam hati tu tu " Ok, ni last , kalau tak dapat jugak , tak tahulah " ( ye lah karang habis pulak kredit budak tu , asyik voice mail je )
Alhamdulillah , dapat !! Terima kasih Ya Allah . Lepas tu arin keluar dengan rushingnya , cakap kat abah, IC kat mak . Lepas tu abah cakap " Ok , Ok ,, wan(abang) pergi hantar ,sebab dekat je restorannya dgn tempat ni " , lepas tu arin masuk, cakap terima kasih gila gila dekat perempuan tuuu !!!
"Terima kasih sangat sangat !!! " Waktu tu nombor arin "21" kena panggil. Budak tu cakap " Tak apa tak apa pergi je , cakap je dulu "
Arin pun dengan beraninya pergilah .. " Ic,kat mak. Karang mak hantar ."
Lepastuu .. masalah makin settle lah... Wan pun dah hntr IC ... Semua.
Arin lupa nak tanya nama perempuan tu, nama sekolah je arin tanya . " Sekolah Pinji" , and dia sama baya dengan arin. Dia amik lesen motor je, Adalah sembang sembang sikit. Dia pun takut nak ambik ujian tu ..
Alhamdullillah , arin lulus ujian komputer tu, guess what dapat berapa 49/50 . Dalam masa 12 minit 2 saat . Alhamdullilah ...
:)
Alhamdullilah semua dah settle. But malu lah, cakap nn org yg tak kenal. Minta tolong pinjam phone. Aduih....
Haha.. I knew the feeling.
ReplyDelete