Muntah !

6/7/2017 (thursday)

Hari ni aku puasa. Dengan hanya bersahurkan air mineral berapa teguk. Disebabkan aku malas nk kejutkan roommate aku yg lain. Takut bila aku pasang lampu dyorg terjaga. And aku ingat aku mampu bertahan... Rupanyaaa... 😖
-
-
-

Pagi tu hanya ada satu kelas which is elc, ada latihan listening test , and aku mmg lembab sikit bab listening test. Aku tengok org lain mcm boleh je jwb listening test tu, sedangkan aku. Terkebil2 tak faham ape yg mat salleh tu ckp dkt audio. 😭😭

Sejujurnya aku mmg x pandai gila english . Nk suruh bercakap ke , menulis/mengarang or mendengar dengan english mmg aku kurang mahir. Nak dipendekkan cerita mmg aku tak okay langsung dengan bi. Buat sapa yg tnye mcm mne aku boleh dpt A- utk bi, aku sendiri tak tau mcm mne.

Aku bersyukur dengan adanya A- itu , walaupun - , dan org lain berlambak yg A+ , tapi nak buat macam mne. Aku tau kelemahan dan kemampuan aku dlm bab2 berkaitan bi ni. Mmg aku lemah sikit.

Itu baru practice kut , belom yg test/muet yg betul punnya lagi. Hmn... Aku nk try beljar english and cuba perbaiki lgi broken english aku ni.

Ok, berbalik kpd story puasa tadi. , petang tu , memang aku tak larat gila. Aku dpt rasa aku akan jadi mcm yg sebelum2 ni , iaitu terbelan nasi. Siapa yg tak faham terbelan nasi tu macam mana , ha tak pe , aku nak cerita ni.

Petang tu, mmg dh xlarat, nak bangun pun dh xlarat , tangan memang shaking gila. Sampai ada part tu, kedua2 tangan rasa kebas and x boleh nak gerak. Macam org dh strok mcm tu.

But aku diam je , segan nak bagitau roommate aku yg aku tak larat... Tapi , lepas lagi 1jam nak bukak puasa, waktu tu 6 lebih, nak taknak aku terpaksa bgitau dyorg gak yg aku tak larat kan? Sbb kteorg dh plan nk turun ke cafe beta , nk bukak puasa dkt cafe je.

Tapi seriusly , aku dh tak larat gila , aku wassup dyorg , even tengah satu bilik. Bayangkan... Duduk dlm satu bilik tp bgitau guna wassup. Hahaa ... Aku punnya dah tak bermaya sampai cakap pun tak lalu. Itulah terbelan nasi.

Aku wassup dyorg , aku tulis.

"Wei jgn simpati nn aku tau, tp seriously aku tak larat nak jalan, nak ckp pun tak larat. Boleh tak korg tolong belikan kita mknn , ayam nn air oren. "

Nampak mcm lawak, tapi seriously tak laratt... Ok aku mmg dh terbaring je atas katil.

Dyorg dh gi turun beli mknn ....
7:32 pm bukak puasa pun dyorg still x smpai , mungkin ramai bratur la kut kan ?'.

So, aku minum dua tiga teguk air.... Then, rasa loya cm nk muntah... Aku bangun nk ambik botol air , then dh tak lalu sgt, rasa loya gila tekak even minum air kosong je ... Then AKU MUNTAHHHHHHH

😥😷😭😭😭😭 urhhhhghhh , faham tak kerisauan dia bila termuntah dlm bilik !!!! Apa kata2 roommate kau nnti ...aduhhh... Walaupun dyorg baik, tp aku still rasa serba salah tak tau knp. Segan and malu pun ada.

Byk dah aku cerita .... Lepas tu, bila aku dh kira2 nak gi toilet, bukak je pintu bilik, tudia roommate aku pakat balik pulak 😣

Aku ckp kt dyorg "aku muntah. Takpe nnti aku cuci balik" then aku bla gi tandas.

Tp tulah, then lepas cuci semua. Aku memang xlarat dah, aku baring je. Makanan aku biar.

Aku tahu, kalau aku makan, confirm aku muntah balik. So, aku malas nk makan. Haha , then freaking scary dia ialah... Aku x larat, tak sihat .. Tapi esoknya ada test !! Kau faham tak perasaan dia mcm mne.

Mmg la aku dh study dlm 1 week tu , dua2 bab  aku dh study, tapi atleast last minute aku nk gak study.. Agak terkilan bila tgok semua roommate aku gigih study mlm tu. Smpai kemalam. Dok je meja study and discuss pasal ctu.

Tapi aku, dok terlantar sakit kat katil. Aku tidur kol 11 and bangun kol 11:30 , sbb aku dh set alarm. Oh ye lupa nk bgitau. Drpd lepas bukak puasa smpai ke pkol 11 tu, aku dh muntah 5 kali rasanya. If im not mistaken, minum air je , muntah. Minun air je muntah.

Tapi yg first je aku muntah dkt bilik, yg lain tu aku muntah dkt toilet. Slmt smpat tahan.

Akhirnya aku makan malam aka berbuka puasa kol 11:30 malam. Huhhuhu sadis betul... Esoknya exam , lagi sadis, aku x study sgt mlm tu. Study sikit je , itupun guna phone. Baca note dkt phone.

No comments :

Post a Comment

Assalamualaikum and hi ,mind to drop your comment or opinion here .:D

arinaesy